|
Pada
9 Ogos 2007 ini satu
majlis Jamuan Makan
Malam Perdana STAR, SDAR, & STF akan diadakan di Putrajaya
International
Convention Center (PICC) sempena sambutan ulang tahun ke 50 penubuhan
Sekolah
Tuanku Abdul Rahman Ipoh, Sekolah Dato’ Abdul Razak Tg.Malim,
Perak / Seremban,
N.Sembilan dan Sekolah Tun Fatimah, Durian Daun Melaka/Jalan Larkin,
Johor
Baharu.
Kepada
kita semua majlis ini nanti menjadi sangat
signifikan bukan sahaja disebabkan kita adalah
anak kandung yang dilahirkan oleh
sekurang-kurangnya salah satu daripada tiga buah sekolah berasrama
penuh
tersebut tetapi lebih penting dari itu ia merupakan manifestasi
kesyukuran kita
terhadap anugerah Allah yang telah
dengan izinNya jua kita mendapat keistimewaan
menjalani pendidikan
peringkat menengah yang berkualiti tinggi,
suatu episod penting dalam kehidupan kita
sebagai generasi yang mengisi
kemerdekaan negara tercinta.
Barangkali
ramai yang tidak sedar bahawa terdapat di kalangan ahli SDARA yang
pernah
menjadi anak didik kepada dua daripada sekolah tersebut iaitu pernah
menuntut
di SDAR dan STAR . Ini kerana sebelum penubuhan Tingkatan Enam di SDAR
pada
tahun 1969, kebanyakan pelajar
SDAR yang
layak meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam telah meneruskannya di
STAR
sebelum melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam dan
luar negara. Kumpulan
pertama pelajar SDAR aliran sastera meneruskan
pengajian pra universiti di STAR ialah pada tahun 1962 iaitu setelah
pelajar-pelajar ini lulus Six
Form Entrance
Examination yang diadakan pada akhir tahun 1961 tertakluk
kepada tahap
pencapaian yang memuaskan dalam peperiksaan The
Cambridge Overseas School Certificate
(SC) dan the Federation of
Malaya
Certificate Examination (FMC) pada ketika
itu. Manakala bagi pelajar-pelajar aliran sains pula, kumpulan pertama
bekas pelajar
SDAR ke Tingkatan Enam di STAR bermula pada tahun 1968 berasaskan
keputusan Six Form Entrance
dan The Cambridge Overseas School Certificate (SC)
dan Malaysia
Certificate of Education Examination (MCE) pada
akhir tahun 1967.
Pengalaman
menuntut di dua buah sekolah berasrama penuh terkemuka seperti yang
dinyatakan
di atas tentunya telah memberikan impak yang besar terhadap pembangunan
diri
individu berkenaan. Persaingan
yang
sihat yang telah berlaku di kalangan pelajar SDAR dan STAR telah
menghasilkan
ramai pemimpin di pelbagai bidang dan peringkat yang tentunya telah
banyak
menyumbang kepada pembangunan negara. Kita percaya majlis Jamuan Makan
Malam itu
nanti akan menemukan individu-individu tertentu yang menghadirinya
sebagai
bekas pelajar SDAR
dan juga STAR.
Oleh
kerana Sekolah Tun Fatimah adalah untuk pelajar-pelajar perempuan
sahaja
setakat ini, maka mustahillah ada bekas pelajar SDAR atau STAR yang
pernah
menjadi pelajar STF. Namun
tidaklah
mustahil ada pelajar STF yang meneruskan pengajian TIngkatan Enamnya di
STAR
kerana Tingkatan Enam STAR juga menerima pelajar-pelajar perempuan.
Selain itu,
kabarnya ada juga
bekas pelajar STAR
atau SDAR yang telah mendirikan rumah tangga dengan bekas pelajar dari
STF
ataupun yang
berbesan di kalangan
mereka. Walau apapun yang telah, sedang dan akan berlaku, ketiga-ketiga
sekolah
ini mempunyai pertalian yang rapat sekurang-kurangnya di peringkat asas
penubuhannya
yang memberi peluang kepada anak-anak kampung mendapatkan pendidikan
berkualiti
dalam suasana yang selesa, sebagaimana yang telah diungkapkan oleh
Allahyarham
Tun Abdul Razak dalam
majalah SEDAR
Vol.1, No. 1 (1957 & 58) seperti berikut:
“One of the most
important aspects of this
transformation, for that is what it is, is the emphasis on greater
opportunities
for young kampong Malays to receive benefits of secondary education by
living
together in a residential school and fitting themselves for the future
with the
knowledge of two languages, Malay, the national tongue, and English,
the
language of the world”.
Tidak
boleh dinafikan bahawa kepada kebanyakan kita, peluang mendapat
pendidikan di
sebuah sekolah berasrama penuh telah mengubah taraf hidup kita kepada
suatu
keadaan yang lebih baik. Semangat
sayangkan sekolah dan rasa bangga menjadi pelajar sebuah sekolah
berasrama
penuh telah dijelmakan menerusi fikiran dan semangat untuk sama-sama
menyumbang
kepada pembanguann negara.. Sesungguhnya
semangat demikian telah berputik sejak mereka di bangku sekolah lagi
sepertimana
dalam nukilan seorang bekas pelajar SDAR ketika menuntut di STAR 40
tahun lalu
yang telah meluahkan pandangannya dalam puisi berikut:
KESEDARAN
balik
lagi anak ini ke kampong laman
akhir
tahun akhir kembara hai pulanglah
dengan
dada kental membedung persembahan
harta
yang dihimpun delapan tahun
Oo
tanah rantau gedung kuliah
betapa
ia mencekek nafas
dada
digugat dan sekepal hati aduh rindunya
pada
adik, adikku jauh.
i.
(untuk diri)
Pandangan
pada laut cina begitu tiada berubah
ia
masih menyeringai padaku, padaku
seperti
dulu, ya seperti dulu jua
dan
betapa hari ini ia menyumpah
geramnya
kepingin darah
anak
pelaut ini yang terlepas dari rahang taringnya.
O
mata, mataku
lihat
itu anak-anak berdayung sampan
betapa
senja akan menelan
kolek
lading keluar kuala
dan
sorang ayah dengan mata terbuka
doanya
penuh nafas pintanya
sesen
buat anak ke sekolah
demi
kesedaran yang dirasakanya
hidup
seusia dari warisan tujuh turunan
tujuh
keturunan terbelalak di tengah pesta.
Sendiri
diri dihiris rasa kini ku rasa oo ku rasa
nanah
ini naik ke mulut dan tekak begitu luya
kekuatan
pada dada hanyalah cita dan kesedaran
maka
ku puja malaikat biar dituangnya air firdaus –
lihat lihat ini
langkah
anak
bangsa yang pernah tercekek air masin
secupak
dua cupak menelusi hidung
kolekku
pernah tembus dalam bueh ombak monsoon.
ii.
(sinis untuk pejuang)
Aduh
sunyinya malam berbulan bintang sunyi tanpa bicara
angin
tenggara memupus sejuk mengingguk roma
dan
ya, bagai kehidupan
manusia-manusia
pembela telanjang dengan kepalsuan
di
tepi pantai dan mereka memang nampak
kelap
kelip lampu pencandat
dan
ya, bagai kehidupan
mereka
rakyat diuling ombak
sedang
gutur laungnya
mati
dalam panas bibir anak ‘seaview’.
Ya,
laung, launglah
kota
ini harus dibangunkan
kita
perlu rumah-rumah batu dan gedung lebih banyak
kerana
muka kita akan putih
rumah-rumah
atap masih bertabur
betapa
rendahnya kita bila dibawa balik ke Kuala Lumpur
Johor
Baharu Melaka Seremban Ipoh Georgetown dan Alor Setar
Kuala
Trengganu masih kejauhan.
Dan
bila runtuh rumah-rumah atap itu
tepuklah
dada dan hulur senyum ke kaki langit
lorong-lorong
makin sesak anak-anaknya, makin nanar
anak-anaknya
atas
kepahitan hidup keluarga
pintu
rezeki yang kian katup –
sedang
kita
puas
dengan setiap bicara
tentang
anak-anak lorong yang lebih cantik, ya lebih cantik!
iii
Oo
diri, diriku
dari
penglihatan dan rasa
dari
rasa dan luka terccuka
jangan
langkahmu kesedaran cuma
mautnya
dalam pesta muzik meresik!
-
M. Ghazali A.R.
A-305,
Sebertang Takir
Kuala
Trengganu
Dipetik
daripada Majallah RAHAYU, Jilid 4 Tahun 1967
keluaran Persatuan Persuratan dan Bahath, SDAR Tanjong Malim. Penulis
puisi di
atas ialah Datuk Mamat Ghazali Abd Rahman, bekas ahli Majlis Kerajaan
Negeri
Trengganu.
Itulah
sebenarnya gambaran apa yang berlaku 40 tahun yang
lalu. Keadaannya
kini jauh berubah hasil
pembangunan pesat pengisian kemerdekaan..
Kita semua tahu bahawa Negeri Terengganu kini
diterajui oleh
seorang bekas
pelajar STAR.
Semoga
pertemuan kita dalam Majlis Jamuan Makan Malam
Perdana STAR, SDAR dan STF akan diberkati Allah jua.
|