30 Disember 2009              To Bring SDARA Closer To Each Other                    Volume 4 Number 3
Bookmark this site!                                                                                                                            Print This Page 
In This Issue:



AJK SDARA 2009-11
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP Dato Gen (B) Abd Rani Ismail 
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Dr Khairun Nadzar
Mohd Fauzi Shafie
Mohd Noor Yahya
Nor Ehsan Jamaan
Mokhtar Ahmad Isamdar
Mohd Shah Khalid
Wan Ismail b Wan Hassan
Mohd Iswadi b  Ismail
Zainal Abidin Kinta
Raja Rahiman
Dato Mohd Salleh Bajuri

Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar
  Previous Issues
Mac 2008
June 2008
Sep 2008
Dec 2008
Mac 2009
June 2009
Sep 2009

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Tahun 2009 baru sahaja berakhir. Lima hari sebelum bermulanya tahun baru 2010 telah pun berlangsung Hari Keluarga dan Jamuan Makan Malam SDARA 2009 di Putrajaya. Sekali lagi kita bertemu untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan ahli-ahli SDARA. Kali ini majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia dan isterinya Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Noor Yahya dan ahli-ahli jawatankuasanya yang telah secara sukarela bekerja keras menjayakan majlis tersebut. Tahniah juga kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir dalam majlis tersebut. Laporan ringkas mengenai majlis tersebut ada disediakan dalam keluaran kali ini. Selain itu laman blog kepunyaan beberapa orang sahabat kita seperti Saudara Maarof Kasim (http://maarofkassim.blogspot.com), Saudara Mohd Adib (http://adib.typepad.com/blog) dan Saudara Mohd Shah Khalid (http://mdshah53.blogspot.com) ada merakamkan pertemuan kita itu. Hasrat kita ialah supaya majlis tersebut akan menjadi salah satu agenda tetap tahunan SDARA.



Pada musim haji Tahun Hijrah 1430 yang lepas beberapa orang ahli SDARA telah menunaikan fardhu haji di Tanah Suci. Selain saya sendiri, beberapa orang lagi telah berada di Tanah Suci untuk tujuan yang sama, antaranya Hj Hassan Che Lah (63-68), Hj Jemari Rosdi, Hj Abdul Majid Idris, Hj Abdul Rahman Mohamed (73-78), Hj Razif, Hj Mat Isa Yusof (62-67) dan Hj Rasdi Mohamad (62-67). Isteri sahabat kita Ibrahim Moideen juga kabarnya juga telah ke sana. Alhamdulilah kami semua selamat menunaikan perintah Allah Yang Maha Kuasa. Mudah-mudahan hasrat memperoleh Haji yang Mabrur diperkenankan oleh Allah swt.

Disebabkan jemaah terlalu ramai dan keadaan terlalu sesak dengan manusia maka saya hanya berkesempatan bertemu dengan Saudara Hj Rasdi Mohamad yang secara kebetulan pergi dengan syarikat pakej haji yang sama. Semasa berada di sana terfikir oleh saya alangkah baiknya sekiranya SDARA sendiri menubuhkan sebuah syarikat pelancongan (Travel and Tours Company) yang menjalankan perniagaan menguruskan pakej haji dan umrah. Saya yakin manfaatnya sangat besar bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Memandangkan bahawa menjadi tetamu Allah di Tanah Suci adalah suatu anugerah istimewa Allah Yang Maha Pengampun dan Penyayang kepada hamba-hambaNya , maka sebagai hambaNya kita perlulah bersedia berkorban daripada segi kewangan dan masa serta bersedia memantapkan diri daripada segi fizikal dan rohani untuk menerima anugerah tersebut. Kepada ahli-ahli SDARA yang masih belum menunaikan Rukun Islam yang kelima ini wajarlah bersedia dari sekarang, ketika usia masih muda dan tenaga masih kuat. Mulailah dengan langkah pertama iaitu dengan mendaftar dengan Tabung Haji, kemudian luangkan masa setiap hari menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan agama khasnya berkaitan dengan falsafah ibadah haji serta tatacara melaksanakan ibadat tersebut. Pengalaman menunjukkan membaca Al-Quran serta memahami kandungannya seperti yang dilakukan oleh beberapa orang daripada ahli-ahli SDARA banyak membantu memantapkan iman. Perkara yang paling penting diingat ialah hidup ini adalah sementara, akhirat juga yang kekal abadi. Mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci menyediakan ruang yang sangat luas untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt.


Pada tahun 2009 sekolah kita, SDAR telah mencatatkan beberapa kejayaan dalam pelbagai bidang. Antara kejayaan tersebut ialah menjadi Juara Petronas F1 in School, Johan Kejuaraan Ragbi Malaysia dan Naib Johan Pertandingan Wind Orchestra peringkat Kebangsaan. Dalam bidang akademik pula, 90.3% calon PMRnya telah berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dengan purata pencapaian sekolah pada gred 1.01 yang membawa maksud hampir kesemua pelajar memperoleh gred A (gred 1) dalam semua mata pelajaran. Tahniah kepada pihak kepimpinan sekolah dan semua warga SDAR atas kejayaan tersebut.

Kepada barisan kepimpinan SDARA (2009-2011) yang baru dilantik dalam AGM Ke31 pada bulan November 2009 yang lepas, kita ucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas. Kita penuh yakin saudara-saudara sekalian akan terus menabur bakti memajukan SDARA demi persahabatan kita semua.

Md Shah Bachik  (62 - 67)



SDARA ACTIVITIES
SDARA TAQWIM 2009

02 Aug 2009 SDARA Annual Golf Tournament Done
28 Aug 2009 Majlis Berbuka Puasa SDARA Cancel
10 Oct 2009 Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Done
14 Nov 2009 SDARA 31st AGM
Tempat: Dewan Serbaguna Presint 16,
Putrajaya
Done
26 Dec 2009
Hari Keluarga + Makan Malam SDARA
Tempat: Puspanitapuri, Putrajaya
Done



SDARA 31st AGM


AlhamdulilLah, mesyuarat Agung SDARA kali ke 31 berjalan dengan lancarnya dengan kehadiran seramai 67 orang ahli. Mesyuarat di adakan di Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya, bermula jam 2.30 ptg dan tamat pada 4.30ptg



  Berikut adalah Ahli Jawatankuasa baru untuk tahun  2009 - 2011

Yang Di Pertua Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
Timb YDP Dato Gen (B) Abd Rani Ismail
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha
L Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Pen Setiausaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK Dr Khairun Nadzar

Mohd Fauzi Shafie

Mohd Iswadi b Ismail

Mohd Noor Yahya

Mohd Shah Khalid

Mokhtar Ahmad aka Kutat

Nor Ehsan Jamaan

Wan Ismail Wan Hassan

Zainal Abidin Kinta
Pemeriksa Kira-kira

(1) Raja Rahiman
(2) Dato Mohd Salleh Bajuri


Majlis Makan Malam Tahunan SDARA 2009

Alhamdulillah, majlis Makan Malam Tahunan SDARA 2009, acara akhir SDARA bagi tahun ini telah berjalan saperti yang dirancang.

Majlis di adakan pada hari Sabtu 26 Disember bertempat di Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya  yang di hadhiri lebih kurang 600 orang Sdara, isteri dan anak-anak, penuntut SDAR dan guru-guru, bekas guru dan staf SDAR, dan tetamu kehormat, mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah.

Majlis bermula jam 8 malam dan berakhir jam 12 tengah malam. Namun ada beberapa orang Sdara yang menyambung sesi pertemuan mereka di tempat-tempat lain, maklumlah dah lama tak berjumpa.

Menghargai kemenangan penuntut SDAR dalam Reluca Petronas Formula 1, Wind Orchestra dan pasukan Rugby U-15, yang telah menjadi johan dalam bidang masing-masing, cenderahati telah di sampaikan kepada mereka oleh Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majlis makan malam di sediakan oleh katerer Kantan 3, yang di punyai oleh Sdara Razali Aksah 65-70 dan ketika makan, majlis di hiburkan oleh kumpulan kugiran askar melayu DRAMD dan Kopratasa.

Selepas mantan PM Tun Mahathir Mohamad pulang, majlis di hiburkan oleh 3 kumpulan kugiran 60an, 70an, dan 80an - Band NADA SUARA + FLANDERS , BLUES BREAKERS dan bandboys 84

Persembahan tersebut di selang selikan dengan cabutan bertuah

Maka dengan berakhirnya Majlis Makan Malam SDARA 2009, berakhir lah aktiviti SDARA untuk tahun 2009

Semoga acara tahunan ini dapat di teruskan pada masa akan datang.

 Foto lihat di http://dknphoto.com

RENUNGAN
            

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

BACALAH . . . . . .  RENUNGLAH  . . . . .  KEMUDIAN TERUS BERAMAL


1.   Apabila  saudara  mendengar  azan,  bangunlah  sembahyang  serta  merta  walau bagaimana  keadaan  sekalipun.


2.   Bacalah  Al-Quran, atau  tatapilah  buku-buku,  atau  pergilah  mendengar  perkara  yang  baik  ataupun  amalkanlah  zikrullah  dan  janganlah  sama  sekali  saudara  membuang  masa  walau  sedikitpun,  kerana  perkara-perkara  yang  tidak  berfaedah.


3.   Berusahalah  seberapa daya  upaya  untuk  bertutur  dalam  bahasa  Arab yang  betul  kerana  bahasa  Arab  yang  betul  itu  adalah  satu-satunya syiar  Islam.


4.   Janganlah  banyak  bertengkar  dalam  apa  perkara  jua  sekalipun  kerana  pertengkaran  yang  kosong  itu  tidak  memberi  apa-apa  kebaikan.


5.   Janganlah  banyak  ketawa,  kerana  hati  yang  sentiasa  berhubung  dengan  Allah  itu,  selalunya  tenang  dan  tenteram.


6.   Janganlah  bergurau,  kerana  umat  yang  sedang berjuang itu  tidak  mengerti melainkan  bersungguh-sungguh  dalam sebarang  perkara.


7.   Janganlah  saudara  bercakap  lebih  nyaring  daripada  yang   dikehendaki oleh  para   pendengar,  kerana  yang  demikian  itu  adalah suatu  rasmi  yang  sia-sia,  malah  menyakiti  hati  orang  lain.


8. Jauhilah  daripada  mengumpat  peribadi-peribadi  orang,   mengecam  pertubuhan-pertubuhan  dan  janganlah  bercakap  melainkan  dengan  apa-apa  yang  boleh  memberikan  kebajikan.


9.   Berkenal-kenal lah  dengan  setiap  saudara  muslimin  yang  saudara  temui  sekalipun  ia  tidak  meminta  untuk  berkenalan,  kerana  asas  pergerakan  seruan  kita  ialah  berkasih  sayang  dan  berkenal-kenalan.

10. Kewajiban-kewajiban  kita  adalah  lebih  banyak  daripada  masa  yang  ada  pada  kita.  Oleh  itu  bantulah  saudaramu seperti  saudara  melakukan  tugas  sendiri, maka  ringankanlah  perlaksanaannya.    


 
      
LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE 

One day a little girl was sitting and watching her mother do the dishes at the kitchen sink. She suddenly noticed that her mother had several strands of white hair sticking out in contrast on her brunette head. She looked at her mother and inquisitively asked, "Why are some of your hairs white, Mom?" Her mother replied, "Well, every time that you do something wrong and make me cry or unhappy, one of my hairs turns white."

The little girl thought about this revelation for a while and then said, "Momma, how come ALL of grandma's hairs are white?"

******

A little girl was talking to her teacher about whales. The teacher said it was physically impossible for a whale to swallow a human because even though it was a very large mammal its throat was very small. The little girl stated that Jonah was swallowed by a whale. Irritated, the teacher reiterated that a whale could not swallow a human; it was physically impossible. The little girl said, "When I get to heaven I will ask Jonah". The teacher asked, "What if Jonah went to hell?" The little girl replied, "Then you ask him".

******

A Kindergarten teacher was observing her classroom of children while they were drawing. She would occasionally walk around to see each child's work.. As she got to one little girl who was working diligently, she asked what the drawing was. The girl replied, "I'm drawing God." The teacher paused and said, "But no one knows what God looks like." Without missing a beat, or loo king up from her drawing, the girl replied, "They will in a minute."

******

The children had all been photographed, and the teacher was trying to persuade them each to buy a copy of the group picture. "Just think how nice it will be to look at it when you are all grown up and say, 'There's Jennifer, she's a lawyer,' or 'That's Michael, He's a doctor.' A small voice at the back of the room rang out, "And there's the teacher, She's dead."

******

A teacher was giving a lesson on the circulation of the blood. Trying to make the matter clearer, she said, "Now, class, if I stood on my head, the blood, as you know, would run into it, and I would turn red in the face.. " "Yes," the class said. "Then why is it that while I am standing upright in the ordinary position the blood doesn't run into my feet?" A little fellow shouted, "Cause your feet ain't empty."

******

The children were lined up in the cafeteria of a Catholic elementary school for lunch. At the head of the table was a large pile of apples. The nun made a note, and posted on the apple tray: "Take only ONE. God is watching." Moving further along the lunch line, at the other end of the table was a large pile of chocolate chip cookies. A child had written a note, "Take all you want. God is watching the apples.



Dr. Phil was conducting a therapy session with four young mothers and their small children.

"You all have obsessions," he observed.

To the first mother he said,

"You are so obsessed with eating you've even named your daughter, Candy."

He turned to the second mom: "Your obsession is with money. Again, it manifests itself in your child's name, Penny."

He turns to the third mom: "Your obsession is alcohol. This, too, manifests itself in your child's name, Brandy."

At this point, the fourth mother gets up, takes her little boy by the hand and whispers, "Come on Dick, we're leaving."


*THE FINAL EXAM*


At Penn State University, there were four sophomores taking chemistry and
all of them had an 'A' so far. These four friends were so confident that,
the weekend before finals, they decided to visit some friends and have a big
party. They had a great time but, after all the hearty partying, they slept
all day Sunday and didn't make it back to Penn State until early Monday
morning.

Rather than taking the final then, they decided that after the final they
would explain to their professor why they missed it. They said that they
visited friends but on the way back they had a flat tire. As a result, they
missed the final. The professor agreed they could make up the final the next
day. The guys were excited and relieved. They studied that night for the
exam.

The next day the Professor placed them in separate rooms and gave them a
test booklet. They quickly answered the first problem worth 5 points. Cool,
they thought! Each one in separate rooms, thinking this was going to be
easy.... then they turned the page. On the second page was written....

For 95 points: Which tire??????


Go  To The Top 

BERITA  SDAR
  
SDAR JUARA Petronas F1 in School 2009


SDAR Juara Kejohanan Rugby Malaysia

Beritanya di sini . . .

Keputusan PMR 2009

Keputusan PMR 2009!!!
http://www.sdaronline.edu.my/sdaronline/
Friday, 25 December 2009

Tahniah diucapkan kepada batch PMR 2009 kerana telah berjaya menaikkan nama Sekolah Dato` Abdul Razak dengan peratusan 90.3% dan memperolehi nilai gred purata 1.01. Seramai 121 daripada 134 orang calon telah mendapat keputusan cemerlang 8A. Teruskan usaha bagi memantapkan lagi bidang akademik serta kokurikulum. Tahniah juga kepada tenaga pendidik yang bertungkus lumus bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang terbaik.

Daripada seramai 134 calon PMR, 121 orang telah berjaya memperoleh 8A iaitu 90.3%, peningkatan sebanyak 13% daripada tahun 2008. Manakala gred purata yang diperolehi ialah 1.01 berbanding 1.05 pada tahun 2008. Keputusan ini menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan jika dibandingkan dengan keputusan pada tahun-tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya semua subjek menunjukkan peningkatan dengan subjek Sains dan Kemahiran Hidup mengekalkan 100% A. Subjek Pendidikan Islam gagal mengekalkan 100% A yang diperoleh tahun lepas dengan hanya 96.3% memperolah A. Namun begitu tidak ada calon yang mendapat C dalam mana-mana subjek. Ini merupakan satu peningkatan yang memberangsangkan. Keputusan peratus A untuk semua subjek adalah seperti berikut

Bahasa Melayu 98.5%
Bahasa Inggeris 97.8%
Sejarah 99.3%
Geografi 98.5%
Pendidikan Islam 96.3%
Matematik 98.5%
Sains 100%
Kemahiran Hidup 100%

Teruskan usaha bagi memantapkan lagi bidang akademik serta kokurikulum. Tahniah juga kepada tenaga pendidik yang bertungkus lumus bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang terbaik.

SDAR akan mendapat Pengetua Baru

SDAR akan mendapat seorang Pengetua baru, Tuan Hj Zakaria Md Zin, yang juga merupakan seorang bekas penuntut SDAR  batch 69 - 74 / 76 . Sekarang ini beliau bertugas sebagai Pengetua KGV, Seremban

 
DULU - DULU  . . .


SEKARANG . . . 26 Dis 2009

BERITA SDARA

Sdara Samueil Kamiel menamatkan zaman DUDA nya


Pada tanggal  6 Disember 2009  lalu Sdr Samueil Kamiel telah mengadakan majlis WalimatulUrus beliau di Annexe Rest House, Kuantan, Pahang.

 
 
"Selamat Pengantin Baru"
Brader Sam




AMAZING PHOTO

EXOTIC  CARS

Alpha Romeo

Bently

BMW

BMW

BMW

Bugatti

Bugatti

Bugatti

Cadillac

Cadillac

Chrysler

Chrysler

Ferrari

Jaguar

Lamborghini

Lamborghini

Lexus

Porche

Porche


SPORT NEWS

Sdar Lion Rugby Club (SLRC) 2009

http://sdarlions.blogspot.com/

Sunday, December 13, 2009

Piala Alumni & NS Closed

12 Dis - Pada hari yang sama dua kejohanan berlangsung serentak masing-masing di KGV Seremban dan juga Padang Utara, PJ.

Di SEREMBAN, Kejohanan Ragbi Tertutup Karnival Old Boys NSRU 10s menyaksikan SLRC Otai (kategori veteran atas 35 tahun) muncul juara buat kesekian kalinya setelah menundukkan KGV Otai dengan skor 14-07. Manakala pasukan SLRC yang dibarisi oleh pemain baru SLRC (pelajar lepasana SPM 2009) gagal menempatkan diri ke kelompok 4 terbaik apabila hanya memenangi 2 perlawanan dengan TMS dan TBS serta tumpas kepada KGV B dan Zaa'ba Old Boys.

Walaubagaimanapun, ini merupakan satu permulaan yang baik buat pemain remaja kita yang merupakan pelapis barisan baru SLRC untuk musim 2010.

Di PETALING JAYA, penentuan tempat ke-3 dan ke-4 Piala Alumni (Perdana) menyaksikan SLRC sekali lagi menundukkan KYSER (Kolej Yayasan Saad Old Boys) dengan skor 31-21.

Try masing-masing dilakukan oleh Pakho(9903), Raja, Aswad, Siam(0105) dan Poyo. Manakala conversion disempurnakan oleh Ross(948) dan Arul (2x).

Bagi perlawanan final Perdana Piala Alumni, dimenangi oleh High School Klang Old Boys setelah menjinakkan Sajoha Vikings dengan skor 22-00.

Penutup kalendar Ragbi SLRC bagi tahun 2009 berakhir dengan dua lakaran sejarah pada hari yang sama. Walaupun gagal menempatkan diri ke Final Piala Alumni, namun dengan semangat PRIDE & PASSION, SLRC berjaya menebus kembali maruah dengan memenangi tempat ke-3. Begitu juga dengan SLRC Otai yang tak kurang hebatnya di Seremban. Ternyata kalau dah lama tak main memang akan rasa gian.

After all, it was just another game of rugby....

"Lions... pride & passion..."
SDAR Juara Kejohanan Rugby Malaysia

Wednesday, November 25, 2009


SDAR JOHAN KRM 2009 !!



Pasukan SDAR Lions telah bertolak ke kelantan pada 20-22 yang lepas dalam misi untuk memburu johan Kejohanan Ragbi Malaysia pada tahun 2009 ini. SDAR telah menghantar pasukan bawah 15 tahun dalam kejohanan KRM Milo ini. Pasukan SDAR telah ketandusan kejuaraan KRM ini selama 19 tahun kerana kali terAKHIR SDAR menjuarai kejohanan ini adalah pada tahun 1990. SDAR telah dibimbing oleh pengurus pasukan
En Mohamad Hazman Jazmin, Coach berwibawa, En AzHAR Bin Ma Hassan, Wan Shaharudin Bin WAn Ladin,En Izrul AZmi dan penasihat kami En Moondog 1988.

Keputusan peringkat kumpulan

SDAR VS SM BUKIT BARU MELAKA 10-0 (MENANG)
SDAR VS SM SAINS SELANGOR 10-7 (MENANG)
SDAR VS SM SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR 10-0 (MENANG)

Laluan peringkat kalah mati

SDAR VS SM ST JOHN (2ND ROUND) 20-0 (MENANG)
SDAR VS SBPI KUANTAN(QUARTER) 10-0 (MENANG)
SDAR VS SEMASHUR (SEMI) 5-0 (MENANG)
SDAR VS SAINA (FINAL) 10-5 (MENANG)

SDAR telah menjuarai KRM pada tahun ini dan kejayaan ini bertambah manis apabila saudara Arif Dzahiri telah terpilih sebagai pemain terbaik final manakala Wan ahmad Syauqi telah terpilih sebagai Best Player Overall KRM. Tahniah diucapkan kepada pasukan KRM.
Hobin ! Jang Hobin !

SDARA IN THE NEWS

Three Sdara Judges in a court sitting




Dr Rusli Ismail (66 - 71/73) Tokoh Ma'al Hijrah USM



Berita sepenuhnya klik disini

Sdara Azemi Jaafar aka Boya (70 - 75)

Global Explorer sails into Russian market

CAPTAIN Azemi Jaafar spent nine years of his life navigating the seven seas on oil tankers, before deciding to venture into deep-sea cable installations.

Last month, the 52-year-old through his company Global Explorer Sdn Bhd won a US$4.5 million (RM15.25 million) project from the Russian government to install underwater power cables near a military facility, barely a few hundred kilometres south of the North Pole.

This made Azemi's firm one of the first Malaysian companies to have been roped in by the Russian government for such a project.

"Global Explorer won the tender out of two other proposals from companies in the UK and US."



The Russian government found our proposal the most cost-efficient and taking the least time," said Azemi, whose company is based in Bandar Baru Uda, Johor Baru.

He found out about the Russian government tender through his networking with global mariners.

Azemi then set up a 26-member team that included four Malaysian technicians, and spent 16 days in chilly temperatures to install copper cables at the bay of Anadyr, in the Chukotka teritory in northeastern Russia.

Azemi said Global Explorer, which was set up in March, develops its own equipment such as injectors, which are used to bore the seabed and install cables.

The injectors, which could reach depths of up to 35m, are made in shipyards in Singapore and Batam.

The cables in the Russian project are installed 36m underwater, or 3m under the seabed, spanning 4.8km. The width of the cable is almost the size of an average person's calf.

Azemi said the Russian contract was an acknowledgement to the abilities of Malaysian companies.

"The Japanese and Italians are front-runners when it comes to deep-sea cables installation. But Malaysian companies have it in them to compete with the big boys".

Azemi, who is a Class 1 Master Mariner, said there is huge potential for the sector locally.

"There is talk of proposed underwater cables in Pulai Perhentian in Terengganu, Pulai Pisang in Johor and other spots in Sabah and Sarawak".

Azemi said Global Explorer estimates a RM20 million income yearly to cover overall costs. It is already negotiating a RM12 million project in a resort island in Thailand.




SDARA WEBSITES & BLOGS

Just click at the website header to get to the respective website / blog


1 Syafiq
Owner: Syafiq
2 Mohd Shah
Owner: Mohd Shah Ibrahim 69 - 74
3 Ahmad Abdul
Owner: Ahmad Abdul 64 - 71
4 Ribut
Owner: Mohd Zailani Atan aka Ribut73 - 77
5 nazir
Owner: Mohammad Nazir
6 Abedib
Owner: Mohd Adib
7 berisman
Owner: Mohd Adib
8 abezi
Owner: Fauzi Shafie
abezi
Owner: Fauzi Shafie


10 Md Shah
Owner: Md Shah
11 Dr Azahar Idris
Owner: Dr Azahar Idris
12 Maarof kassim
Owner: Maarof Kassim
13 Ghazali
Owner: Ghazali "Bond"
14 Jusni koboi
Owner: Jusni Nasirun


15 Zereas.com
Owner: Azam Raslan
16 pak chin
Owner: Husin Ibrahim
17 mat noe
Owner: Mat Noe Azlan
18 normas yakin
Owner: Normas Yakin



DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail to
knadzar@gmail.com