Azril
Johari
Abd Ghani
Haniffia Abd
Ghani
Dr Khairun
Nadzar
Mahadhir
Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan
Rahman
Wan Ismail Wan
Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail
Wabak
Selsema Babi atau
Influenza A(H1N1) yang kini melanda beberapa buah negara termasuk
Malaysia, mengingatkan saya kepada beberapa penyakit berjangkit yang
pernah berlaku di SDAR sekitar tahun-tahun enam puluhan dulu. Antara
penyakit yang mudah berjangkit di kalangan pelajar pada ketika itu
ialah measle atau demam campak. Bila wabak tersebut
datang
maka ramai pelajar yang diasingkan di bilik sakit (sick bay)
yang ditempatkan di sebuah bangunan setingkat berhampiran Sungai
Bernam. Selain measle, ramai juga di kalangan kami yang mengidap
penyakit kulit seperti kudis buta (scabies) dan
kurap
(ringworm) atau lebih dikenali dengan istilah
“gana” di
kalangan pelajar. Kudis buta memang mudah merebak mungkin
disebabkan amalan gaya hidup kami yang “kurang
sihat” seperti
berkongsi towel atau sabun mandi manakala “gana”
pula mungkin
disebabkan amalan memakai pakaian dalam yang kurang bersih . (Mudah-mudahan
tiada warga SDARA yang dijangkiti virus H1N1. Doktor-doktor perubatan
daripada kalangan SDARA yang telahpun
disenaraikan oleh Sdra Yahya Pakeh tempoh hari mungkin boleh membantu
kita dalam hal ini khasnya menerusi khidmat nasihat melalui groupmail
kita).
Demikianlah
antara
beberapa pengalaman yang masih teringat oleh saya. Sesungguhnya
memang tidak dapat dinafikan bahawa tempoh berada di SDAR merupakan
suatu episod penting dalam kehidupan kita. Pengalaman semasa berada
di sana sangat nostalgik dan mustahil untuk dilupakan. Setiap kali
ahli-ahli SDARA bertemu, pengalaman silam semasa berada di SDAR
dikisahkan semula untuk kesekian kalinya tanpa rasa jemu.
Baru-baru
ini sahabat
kita, saudara Maarof Kassim (SDARA 62-67) telah mengunjungi tapak
lama SDAR di Tanjong Malim, Perak yang telah ditinggalkannya pada
akhir tahun 1967. Selepas lebih 40 tahun tentulah banyak perubahan
yang berlaku. Hanya mereka yang pernah berada di SDAR Tanjong Malim
sahaja yang benar-benar memahami betapa tingginya semangat juang
pelajar-pelajar SDAR pada ketika itu yang hidup serba kekurangan dan
menumpang pula di kawasan SITC (Sultan Idris Training College). Catatan
yang disediakan oleh Saudara Maarof dalam laman blognya dan
ulasan-ulasan sahabat-sahabat kita dalam groupmail sepanjang bulan
Jun 2009 sewajarnya diabadikan dalam penulisan sejarah SDAR pada masa
hadapan. Sebahagian daripada catatan tersebut ada dimuatkan dalam
keluaran kali ini di bawah tajuk Kenangan
SDAR Tanjong Malim.
Sepanjang tempoh Mac
hingga Jun 2009, ahli-ahli SDARA secara berkumpulan giat menjalankan
aktiviti dan pertemuan sama ada dalam sesi teh tarik (TT) mahupun
dalam pertemuan batch. Mudah-mudahan pertemuan-pertemuan ini akan
memperkukuihkan lagi jaringan kerja sama dan persaudaraan di kalangan
kita semua.
SDARA
Newsletter keluaran
kali ini juga antara lain memuatkan aktiviti-aktiviti SDARA yang
berlangsung sepanjang tiga bulan kedua 2009, antaranya SDARA
71-76
Reunion dan SDARA 67-74 Reunion.
Kabarnya banyak lagi aktiviti yang
berlangsung tetapi tidak dilaporkan. Selain itu keluaran kali ini
juga memuatkan Taqwim SDARA
bagi Tahun 2009, Berita SDARA dan
laporan tentang Golf Amal PIBG SDAR
serta kunjungan YB Dato Ahmad
Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan ke SDAR.
Untuk
menggiatkan lagi
aktiviti SDARA secara elektronik, keluaran kali ini menyenaraikan SDARA
Website dan Blogs.
Marilah
sama-sama kita
ucapkan tahniah kepada Pasukan SDAR Symphonic Crew
(SDAR SC) yang
telah muncul Naib Johan dalam Festival Wind Orchestra SBP 2009 yang
belangsung di PICC, Putrajaya pada 20 Jun 2009. Di samping usaha
gigih pihak pengurusan SDAR, guru-guru dan pelajar-pelajar yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam festival tersebut,
kita yakin sokongan moral dan material beberapa orang ahli SDARA
dalam pertandingan tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada
kejayaan ini.
Seperti
tahun-tahun
sebelumnya, pada akhir bulan Jun ini ramai bekas pelajar SDAR yang
melaporkan diri untuk meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.
Kepada mereka itu kita ucapkan selamat maju jaya. Namun demikian
perlu diingat bahawa kejayaan di IPT hanyalah sebahagian daripada
usaha untuk kebahagian hidup pada masa akan datang. Banyak lagi
usaha diperlukan untuk mencari kebahagian. Tujuh Indikator
Kebahagiaan Hidup yang dimuatkan dalam
Newsletter kali ini adalah
panduan yang sangat baik untuk kita renungkan bersama.
Please
to inform all sdara that this year KELAB GOLF SDARA will be
organizing SDARA ANNUAL GOLF 2009 as follows:-
Date:
SUNDAY,
2 AUGUST 2009
Registration:
1130
hours
Lunch:
1200
hours
Tee
Off Time:
1330 hours
Venue:
STAFFIELD
COUNTRY RESORT, MANTIN, NS
Mode
of Play:
Stableford
Dinner/Prize
Giving:
1830 hours
Fees:
RM200
per person + Donation
Please
submit your interest by filling the attached form and fax or email to
Sdara Wan Ismail Wan Hassan not later than 7 July 2009 at
03-58823549 or wanismail.wh@fukuda.com.my
All
payment shall be made to “KELAB
GOLF SDARA”
or by depositing the amount to KELAB GOLF SDARA’s Account
Number: 0514-0004752-054
at CIMB
and fax the receipt to the above number or email.
For
further enquiries, please do not hesitate to contact the following
organizing committee members:-
Sabtu, 20 Jun
- Finale Festival Wind Orchestra Sekolah
Berasrama Penuh
2009 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya(PICC) petang tadi telah menyaksikan pasukan SDAR Symphonic
Crew (SDAR SC) berjaya menjadi Naib
Johan setelah dikecewakan oleh
pasukan dari Kolej Tunku Kurshiah Seremban. Majlis penyampaian hadiah
telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji
Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri
Pelajaran.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut
Johan
: Kolej Tunku Khurshiah, Seremban
Naib
Johan : Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
Ketiga
: Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra
Pasukan
SDAR SC telah menunjukkan persembahan yang cukup bertenaga dan
memberangsangkan. Sebagai pasukan terakhir yang membuat persembahan,
SDAR SC telah berjaya memukau para penonton yang memenuhi Dewan Utama
PICC dengan medley 'Bulgarian Dance'. Dengan sokongan daripada pelajar
SDAR yang datang dengan 3 buah bas, guru-guru, bekas pelajar dan para
ibu bapa dan terutama sekali Tuan Pengetua, pasukan SDAR SC telah
menunjukkan satu persembahan yang sungguh membanggakan. Ini terbukti
dengan tepukan yang gemuruh sebaik sahaja mereka selesai membuat
persembahan.
Semua pemuzik muda SDAR SC ini telah membuktikan dengan usaha yang
gigih, latihan yang berterusan dan sokongan daripada beberapa pihak
yang mengambil perhatian, telah berjaya meletakkan kembali nama SDAR
sebagai pasukan yang perlu digeruni dan perlu diambil perhatian di
dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang. Ahli SDAR SC telah
berjaya bangkit semula daripada kekecewaan gagal ke pertandingan akhir
pada tahun 2008.
Kehadiran ramai bekas
pelajar yang telah memberikan bantuan dan
sokongan telah sedikit sebanyak mencetuskan semangat kepada semua ahli
SDAR SC untuk menjulang kembali nama SDAR di pentas pertandingan Wind
Orchestra ini. Namun begitu ternyata SDAR SC gagal untuk menandingi
kehebatan Kolej Tunku Kurshiah yang sememangnya menjadikan wind
orchestra ini salah satu kebitaraan kluster mereka.
Seterusnya adalah menjadi tugas barisan jawatankuasa dan ahli baru SDAR
SC untuk meneruskan perjuangan menjulang kejayaan ini setelah ahli
Tingkatan 5 meletakkan instrumen masing-masing selepas ini. Terima
kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberi sokongan dan terima
kasih juga kepada semua ahli Tingkatan 5 SDAR SC atas usaha dan
komitmen selama ini.
I was at the WO final along with DKN and Yahya Wazir. Overall I think
Sdar did very well. A dramatic finale I would say. I was thinking Sdar
would get 3rd place, Alam Shah 2nd and TKC first, but was pleasantly
surprised we got second instead. TKC did well and I think they deserved
to be champions. Their performance was good, siap ada solo saxophonist
too. Sdar punya was equally good I would say tapi TKC had more
instruments. Their percussion set was the most complete among the lot.
Alam Shah was only given sagu hati, along with MC (who dressed up in
white jackets ), STAR (in red, but chosen to do Lagu 3 kupang - they
could have chosen a better song for this type of occassion I think),
Seri Puteri (surprisingly dull performance, considering that they had
been champs several times in the past), and SM Ave Maria Ipoh (who took
part by virtue of them being a cluster school - the compettiion was
extended to include them this time).
There were several tense moments too - especially when the MC announced
that the best conductor is from NS - I was already leaping with joy
thinking it was Sdar (coz our conductor was superb), but the prize went
to TKC instead.
All in all I think we lost because we had fewer instruments. TKC won
because their set was more complete, not that they performed better. I
think our donation drive did help them get the result. Next year we
should mobilise a bigger, more aggressive donation campaign. For them
to have got 2nd place, with the equipment they have, I think they
deserved to get our support. It was worth every penny we collected.
Let's try harder next year - Sdar deserve to be Champions, they deserve
better instruments.
Personally for me, I think I have spent a wonderful Saturday. My wife
and the kids was there and they were impressed.
Viva Sdar!
Prof Zaiky
Awang C77
Lapuran
ringkas,
1. 8 team masuk final SDAR, TKC, STAR, MCKK, Alam Shah, Sri Putri,
Ahdul Halim AS, Covent Anne Ipoh (Cluster school)
2. The former champs (Alam Shah, Sri Putri, And Abdul Halim performed
very well)
3. MCKK being late comer...they just joined the competion from 2001..
improved a lot. very gentlemen like in their white tuxs
4. However, TKC and SDAR set the bar higher...preformed like a pro...
5. TKC dressed all black even with black tudung... very different from
the old brass version... green skirt and white boots... or was it white
skirt and green under shorts.. jamal pls confrim.. masa diaorng did 360
ko yg selalu tak pejam mata.. i know u are a breast man...but pls help
me on this.. well the wind version more like orkestra arqam.
6. Siapa menang? Johan TKC, Naib SDAR, 3rd, Abdul Halim..
7. All top 3 placing Wear black
8. Mckk, Convent pakai white, Seri putri pakai yellow vest,
Star pakai merah
9. Abdul Halim always wear black...this year no luck
10. Alam Shah, TKC and SDAR...having the same music advisor..who is the
Music advisor for Alam Shah all this while... Alam Shah being champs 6
times. Dia ni macam Bella kerolli..coach gymnast..ada magic touch.
frust SDAR x menang...
the boys did very well.... nak menitis air mata tgk diorang perform...
very high
standard... the sax solo was great( Fong Sai Choon sax was retired in
1983 by
the way.., the trumpet Quartet was crispy... the Oboe solo ( my niece
Aiman) was superb....
nak wat cam ner x der luck... dah 3 kali naib johan...
tunggu next year... hopefully...strengten by anak aku main french
horn...( tak der solo part kot) hmm Shidan boleh tolong ajar anak aku
ker...klu tak suruh Hakim Yahya..
Tu saja....
Kudo C78
The
boys played splendidly .. except on one instance .... Once thru' , as
we were the last to perform .. I knew we gonna be top 3. TKC's solo
trumpet mistuned .... that could be our winning point.
Once they announced the best conductor .. whch went to TKC ..... which
indeed, she was very graceful ... I knew it was going to be ours
........
Oh dear not again ...... whatever the boys were GOOD, damn VERY GOOD.
Dep Min Saifuddin at the same row with me,together with few MCobs marah
(jokingly) kat saya. .. I can vouch what Cudd78 wrote that they support
them all out .. energy and money. But they were happy too as most of
them having their wives from TKC or their daughters are there.
Bro Cudd78 .... The PTA must ensure for the school to include WO as the
niche ... get whatever aid from the fund provided under cluster school.
Recently, SDAR
Symphonic Band won the
1st runner up in the Festival Wind Orchestra SBP & Cluster
School
2009, yet the boys weren't happy not that they not thankful, but sad
because they really work hard and wanted to win so badly. I cried that
we lost to TKC (Tunku Kurshiah College)with the repertoire ' Disney
Festival'.
In the
competition, SDAR Symphonic Band played a repertoire by Franco
Cesarini, 'Bulgarian Dances Op. 35'. I would say the 'Bulgarian Dances'
is harder than Disney Festival with the time signature of 7/8, 5/11,
but the luck wasn't SDAR's. On top of that, Syahmi Izzat,who was
expected to be the best conductor also lost to TKC's conductor, Hamizah.
fivers
I
was touched that, when i read my sensei's blog about how sad was the
fivers, tears drop down my cheek. How sincere the fivers are. They
really wanted to win to let the juniors feel the feeling of a winner.
To fulfil the dream of the exboy whose been waiting to win the trophy
so badly years after years. How they really wanted to win to make he
school proud of them and be visible to eyes of the school admin and
wanted to be respected in school.
All
i can say to the juniors, if you guys are reading this, be strong. We
can prove that SDAR Symphonic Band will win the trophy once upon a
time. I promise that you guys will do your best and keep up he good
work so that we will be the winner next year. Once we fail, we will
keep on trying and that's what SDARians do. This is just the beginning
of your journey and to all fivers, work hard in your academic as well
and don't forget to come to SDAR once you are exboy.
Special thanks to all exboy who came to give the
morale support and helped directly
or indirectly in term of funds, time consumption and energy in order to
give the full support to the band. Hopefully, in the upcoming years,
there will be more supporter from exboy and we can establish our exboy
band to help them.
Last
but not least, to our beloved instructor, Raja Muzafar (Abg Raja) for
the hard work of teaching the SDAR Symphonic Band and make them in the
track again after a drastic defeat last year. You are the hero for the
band and all the hard work you've done, there's nothing worth to
compare with. You energy, time and money and all whatever you did for
the band, we really appreciate it and you'll be the instructor forever.
I won't let you go whatever it is, because Kotok and i work really hard
to make you teach SDAR.
When I was schooling in SekolahDato' Abdul Razak,
TanjungMalim,
Perak, a fully
residential school we were champions in many fields in the small town.
We were tops in athletics, football, rugby and hockey.
To some extend we were also tops for the South Perak
region.
I
only remember one occasion when we were humiliated in the small town.
We always won the inter school football tournament held in conjunction
with the annual Merdeka
celebrations. But in one year the night before the final our school
football players were brought to watch the final of the inter nation Merdeka
Football Tournament at Merdeka Stadium, KualaLumpur. Our players
must be tired of the journey because we lost the final game 6-5 to
Methodist English School (MES) TanjungMalim
who had never beaten us in football.
To
add irony to the game our school Principal's son was a star player for
the other team and I think he scored one goal for them. Our Principal
had a mixed feeling but our football coach cum teacher was furious
because he was against the idea of sending his boys to the nation's
capital to watch the other game.
But when it came to
competing against schools in the whole State of Perak
we did not achieve the same status we did down south. There were
similar fully residential schools SekolahTuanku
Abdul Rahman, Ipoh
and The Malay College, KualaKangsar
to contend with beside established schools like Anderson School in Ipoh
and King Edward VII School in Taiping. Only occasionally did we beat
these schools and won at the Perak State level.
In 1972 the school was transferred
to Seremban
and suddenly the boys found they were
playing in a different field albeit an easier one. Since NegeriSembilan is smaller
than Perak
in size and population the boys found out they were facing easier
competition. Schools like King George V (KGV) or St. Paul
Institution (SPI) which were
then kings in sports for NegeriSembilan
suddenly found they have another adversary in SekolahDato' Abdul Razak
or SDAR.
For my part I feel lucky
that I live and work in Seremban. Sometimes
my
juniors were playing just a few meters from my office. So a few times
when I saw hordes of them coming to town to support their football team
I joined them and felt like a boy again. Although the boys were facing
a different environment their spirits were just like when I left
school. What more, this time they have songs to sing unlike during my
time.
But suddenly the boys
found that
they were not only competing against boys but girls as well. The girls
were and are in the form of TunkuKurshiah
College or TKC,
also a fully residential school in Seremban. Of course the competitions
among the boys and girls are not in the field of sports. It is in other
categories like debating and music. I am sorry to say that in this
respect my junior boys are losing to the girls.
I had been a member of my
department's marching team for many years. Formerly we marched during
the Merdeka
and our Ruler's Birthday celebrations but now it is only for Merdeka.
My team had won the marching contest for the government departments
category a few times. But when it comes to the schools section TKC
had always been the winners. I wonder if SDAR
had ever won this marching competition although the school's band were
always invited to be one of the bands to whose music and beat we
marchers marched. I personally felt proud everytime I marched right in
front of my junior boys.
Yesterday I watched the
Finals of the Fully Residential Schools Wind Orchestra Competition at
the Putrajaya
International Convention Centre or PICC. Eight schools
entered the Finals including the boys and girls from Seremban
who played very well.
When
it came to the prize giving ceremony the names of the five schools
receiving the consolation prizes were announced first. Each time the
name of a school was announced the boys and girls from Seremban
applauded since their schools must be winning the better prizes.
After the names of the
five consolation winning schools were announced it was clear that both
schools from Seremban were in
the top three. I for one felt somehow glad that the two fully residential
schools from Perak won only
consolation prizes.
Then came the
announcement for the best orchestra conductor. There were shrieks from
the Seremban
girls as their conductor was announced the winner. I already sensed
that the girls orchestra was going to win just like in the movie awards
when the film of the Best Director always won the Best Picture award.
Then
the announcer announced the third prize winner. It was not the Wind
Orchestra of of either Seremban school. Again the girls shrieked while
my junior boys just shouted in their hoarse voices. It was being clear
that it was either the championship or runners up position for them.
Then
the second prize winner was announced. It was the Wind Orchestra of my
school. The TKC girls gave their most vocal shrieks of the day as they
knew that their school's orchestra had won. My junior boys just clapped
their hands knowing that they were beaten by the girls again.
Sabtu, 23 Mei - Bertempat
di Kelab Golf Tuanku
Jaafar, Seremban akan berlangsung Kejohanan Golf Amal PIBG SDAR 2009.
Perancangan oleh Jawatankuasa Kejohanan yang telah bermula empat bulan
yang lalu, akan direalisasikan pada hari ini.
Tujuan
mengadakan kejohanan ini adalah bagi mengutip dan menambah dana tabung
PIBG SDAR. Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini amat bermakna
apatah lagi penaungnya adalah Yang Berhormat Dato' Ahmad Sabery bin
Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang juga merupakan alumni
SDAR (SDARA)
Kejohanan
yang dijangkakan akan disertai oleh ramai bapa pelajar, bekas-bekas
pelajar SDAR dan juga individu yang berminat dijangka akan bermula jam
8:30 pagi dan berakhir sekitar jam 2:00 petang.
Kemuncak
acara ini nanti adalah kunjungan mesra Yang Berhormat Dato' Ahmad
Sabery ke Sekolah Dato' Abdul Razak. Yang Berhormat Dato' Ahmad Sabery
akan beramah mesra dengan para pelajar dalam sesi yang akan diadakan
nanti.
Sabtu, 23 Mei
- Warga SDAR menerima
tetamu yang istimewa petang ini.
Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery bin Cheek telah sudi
hadir ke sekolah untuk satu majlis ramah
mesra bersama pelajar-pelajar SDAR. YB Dato'
Ahmad Shabery telah meluangkan hampir 2 jam bersama-sama dengan
pelajar.
YB
Dato' sebenarnya hadir untuk Kejohanan Golf Amal PIBG SDAR yang
berlangsung di Kelab Golf Tuanku Jaafar, yang mana YB Dato' adalah
Penaung Kejohanan ini. Selepas itu beliau telah datang ke SDAR untuk
meluangkan masa bersama-sama warga SDAR. YB Dato' Ahmad Shabery, dalam
ucapannya berkata, beliau sangat menanti-nantikan peluang untuk datang
semula ke SDAR, sekolah yang telah ditinggalkan hampir 30 tahun. YB
Dato' Ahmad Shabery adalah bekas pelajar SDAR (SDARA).
Beliau
berkongsi pengalaman semasa menjadi pelajar SDAR dan menyeru agar warga
pelajar generasi sekarang mengembalikan dan mengekalkan kecemerlangan
SDAR dalam semua aspek, baik akademik, kokurikulum, sahsiah dan jati
diri. Menurut beliau lagi, sebagai pelajar SDAR menjadi tanggungjawab
setiap individu untuk menjulang nama sekolah dan menjaga nama baik SDAR
walau di mana dan bila berada. Baik semasa di alam persekolahan mahu
pun sudah di alam pekerjaan. Sekolah sebagai tempat menuntut ilmu dan
belajar erti 'belajar' seharusnya kekal terpahat di hati setiap pelajar
dan bekas pelajar SDAR. Sebagai bekas pelajar, beliau merasakan
terpanggil dan menjadi satu tanggungjawab untuk membantu para pelajar
khasnya, dan pihak sekolah amnya untuk menjalankan apa juga aktiviti
demi mengembalikan kecemerlangan SDAR. Dengan semangat, 'Once A Sdarian, Always A
Sdarian',
YB Dato' meniupkan kata-kata semangat agar SDAR lahir semula sebagai
sekolah yang digeruni, yang cemerlang dalam semua aspek. Kemudian para
pelajar mengambil peluang bersalaman dan bergambar dengan YB Dato'
Ahmad Shabery.
Pihak sekolah ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Dato'
Ahmad Shabery bin Cheek atas kesudian meluangkan masa bersama-sama
warga SDAR pada petang ini.
(3)
SDARA 71- 76 Reunion [1st -
3rd
May 2009]
Idea mengadakan Reunion2009 terpantul sejak
kehadhiran ramai-ramai SDARA76 ke majlis perkahwinan anak sulung kami,
Farah Nawwar bersama pasangannya Dr. Adlan Ogos 2008. Ide ini disambut
panas oleh Sle dan kawan2 lain. Kehadiran SDARA76 ke majlis
perkahwinan anak Azizan dan majlis menyambut SDARA76 di rumah Abidin
Man menguatkan lagi tekad untuk menjadi host Reunion76.
Angan-angan disambung, usaha promosi dilakukan bagi menghidup dan
menyemarakkan lagi semangat tersebut melalui posting dalam carpet ini.
Masa berlalu, pertemuan demi pertemuan dilakukan. Terima kasih kepada
Sle, Mat Nan, Mat E, Baseeaq, Dr Rahim, Ben, Wak Jai, Hj Halim, Pak
Komar, Dato' R dan kawan2 lain di KL yang sering bersama dalam aktiviti
TT yang diadakan bila aku berada di KL. Agenda majlis di atur
dan diubah. Pertemuan demi pertemuan juga sering dibuat di
Kangar dan di Alor Star, di rumah Hj Azizan. Jawatan kuasa
pelaksana ditubuhkan di kalangan SDARA76 Utara. Hj Azizan, Pak Syeikh
Helmi, Abidin Man, Fauzi Hashim, RU, Mere, Mail Mahmud menyahut ajakan
mengadakan perbincangan. Kelahiran SDARA76 HPA menguatkan
lagi azam untuk sama-sama menjayakan Reunion2009. Jaringan
HPA ini diharap dapat mengumpul dana untuk pelbagai aktiviti yang
antaranya untuk membiayai kegiatan Reunion SDARA76. Sepanjang proses
tersebut, karpet ini merupakan wadah paling berkesan merealisasikan
banyak perancangan. Terima kasih kepada pengendali karpet, Sle yang
persahabatan kami berdua seperti yang dinyata dalam ucapan beliau
semasa Grand Dinner Reunion2009 semakin kukuh. Kunjungan
beliau ke Perlis atas urusan bisnes ke MARDI sebanyak beberapa kali
membantu menguatkan siraturrahim kami. InsyaAllah ia akan berterusan
sehingga ke akhir hayat. Semoga Memoir SDARA76 akan menjadi kenyataan
agar hubungan kita dipanjangkan kepada keluarga kita semua. Biarlah
anak2 kita nanti mengenali keluarga kawan2 bapa mereka seperti mana
kita mengenali,
menghormati dan mengasihi kawan2 bapa kita.
Apabila tarikh 1-3 May semakin hampir, tawaran seorang demi seorang
SDARA76 untuk menaja setiap event sepanjang Reunion2009 mencurah-curah.
Perkembangan ini dilapor kepada Hj Azizan yang dilantik sebagai
Bendahara Reunion2009. Ada yang menaja laksa Kola Peghelih, ada yang
ingin menaja hadiah memancing, ada yang menawarkan buku yassin, begitu
juga penajaan t-shirt Reunion2009 sebagai penerusan budaya, ada yang
menawarkan breakfast sepanjang Reunion, ada yang ingin menaja sewa
bilik hotel untuk Urusetia, ada yang bersetuju untuk membiaya majlis
memancing, ada juga yang menyatakan persetujuan untuk membiayai harga
daging rusa, tak lupa juga yang ingin menyumbang kambing yang telah
siap dirempah ratus, ada yang hanya ingin menyumbang untuk apa-apa
sahaja yang perlu dan tidak mahu namanya diwar-warkan. Terdapat yang
menaja makan tengahari di Restoren Tok Mek. Ada juga yang bertanya,
sumbangan RM10k cukupkah? Paling menarik ialah tawaran menyediakan
makan malam di RCH dan pelbagai minuman HPA dan apa2 sahaja kos yang
belum dibiayai. Tawaran2 ini menambah kuat azam kami untuk menjadikan
Reunion2009 unik dan berjaya. Reunion yang bertemakan gotong royong dan
berlatarkan kehidupan desa. Makan laksa ala kadar, breakfast di depan
rumah yang di kelilingi sawah dan sungai, breakfast di bawah rumah,
minum petang sambil memancing dan lawatan ke Padang Besar.
Akhirnya 1-3 May tiba juga.... SDARA76 dan SDARA yang lain
berbondong-bondo
ong bertandang ke Peghelih......
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Salam Amran and All
Memang cukup memorable. Aku cukup seronok dapat menjadi host bersama
RU, Azizan, Mat Nan, Fauzi Hashim, Pak Syeikh, Mere, Bidin Man, Mail
Mahmud, Deris dan Nordin kepada kawan2 semua. Seronok melihat satu demi
satu kawan2 datang. Ada bersama teman SDARA76 dan ramai juga yang
menjengah bersama keluarga. Terubat rasa letih mengurus Reunion2009
ini. Manakan tidak, dari membersih keliling rumah, membuang daun2 kayu
agar laman nampak terurus dan sedap mata memandang yang bermula dua
minggu sebelum Reunion2009, memastikan mere (memerang bukan Mere) tidak
menyerang dan ikan di kolam tidak susut, mencari ikan2 keli dan talapia
sedia besar bagi menambah bilangan di kolam, mencari keli bersaiz besar
sebagai bakal tangkapan kemuncak, menyediakan umpan, mencari
vendor bagi menyediakan pancing2 untuk pemancing amatur. menyediakan
bahan untuk isteri tersayang mengadun dijadikan acar peneman kueh bakar
dan mempelam harumanis sebagai door gift serta untuk breakfast di ru
mah Mat Nan bagi kawan2 yang bakal bertandang, memesan dan mengambil
mempelam harumanis bersama RU, yang kalau lambat dikebas orang meski di
pesan beberapa hari lamanya, sambil2 juga mengurus pengurus lain iaitu
Fauzi Hashim sebagai penyambut tamu dan pengurus lawatan ke Padang
Besar merangkap pengurus bas, Azizan sebagai pengurus makan malam di
RCH dan pengurus makanan dan minuman majlis GRAND DINNER serta
merangkap pengurus menyediakan kueh kering dan beg door gift, Pak
Syeikh yang menguruskan banner dan pendants, bihun goreng untuk acara
memancing serta menyediakan tepung talam untuk minum petang hari jumaat
sebagai mengiringi Laksa Kola Peghelih yang aku bersama Mat Nan telah
pesan daripada gerai laksa di Kola yang bersebelahan Komplek Kastam
Kola, membeli buah-buah untuk minum petang hari pertama dan kedua serta
mendirikan khemah pada pagi Jumaat bersama Slair Ahmad SDARA77 serta
Nordin Mohamad.
Letih memang letih. Tertekan juga tertekan. Apa tidaknya,
petang Sabtu, ketika pesta memancing akan diadakan, hujan mencurah
turun yang kalau lah tidak reda, pasti akan mengendalakan pesta yang
diwar-warkan itu. Kalau hujan, manalah seronok untuk makan ubi rebus
bersama sambal ikan bilis yang kupohon khas dari ibu tua kesayangan
bila isteri sudah tak mahu menggoreng bila sudah dua hari, tangki air
di rumah kami kekeringan lantas terpaksa mandi air takungan hujan di
luar rumah. Lebih tidak menyeronok bila hujan ialah mana
mungkin khemah hijau putih dapat menampung para tetamu yang hadir.
Tetamu yang bukan sebarang tetamu. Bukan kerana mereka
berpangkat besar bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri, jurutera atau
pun doktor, para pensyarah ataupun kontraktor besar, taukeh koperat
atau pegawai tinggi gome. Mereka adalah tetamu aku yang
membesar bersama. Ada yang bersama mencuri-curi menghisap
rokok di jamban SDAR. Di antara mereka ada yang sama-sama bersembunyi
dalam stor untuk mengelak warden menobek rambut sebelah bercuti penggal
ke kampung, atau ada antara mereka yang sama-sama menolak kereta cikgu
Wong supaya sendat di celah dua pokok pine di antara dua blok
bangunan atau ditengah padang permainan yang disempadani oleh cerun
yang agak tinggi. Mereka para tetamu yang sama-sama menghuni Lembah
Bernam di Tanjung Malim dan Lembah Sikamat yang sering dilanda bau
busuk khinzir ternakan kaum Tionghua di hujung Jalan Sikamat.
Lebih tertekan apabila diberitahu Cina Kedai Ikan di Pauh bahawa umpan
memancing, 2000 ekor cengkerik yang telah awal dipesan gagal disediakan
kerana pembekal lewat sampai. Ahhh... siapa lagi kalau tidak
RU yang aku minta pandangan. Katanya, kalau hujan, kita ada alasan
untuk batalkan program memancing. Apa gantinya? Tahan bas,
minta pemandu bawa para tetamu keliling Peghelih. Cadang
RU. Cadangan RU aku pertimbangkan sambil berfikir2 mencari
umpan alternatif. Ku beli tiga paket umpan alternatif yang ku
minta Joji, anak aku yang paling kreatif mengulinya bersama tepung
gandum sehingga menjadi liat. Sambil itu juga aku menalipon
Chatok yang berada dalam bas untuk tidak membenarkan pemandu bas pergi
ke mana-mana selepas menurunkan para tetamu aku yang cukup
istimewa. Mereka istimewa bukan kerana tidak cukup kaki
tangan atau terencat akal atau hilang penglihatan atau pendengaran.
Mereka istimewa kerana sebab2 yang aku senaraikan di atas serta banyak
lagi alasan2 lain.
Bagaimanapun pesta memancing berjalan juga. Hujan berhenti. Doaku di
maqbulkan Allah. Acara memancing bermula, para tetamu mula dimakan
pancing mereka. Anak2 dan para isteri nampak
gembira. Kegembiraan jelas terpancar di muka anak lelaki Dr
Ron. Sinar keseronokan tergambar di muka isteri
Azam. Anak RAS nampak teruja bersama ibu yang masih muda
berbanding ibu kanak-kanak lain pada petang itu. Anak Chatok
memang tampak wibawanya menaikkan seekor demi seekor ikan keli dari
kolam. Alun langkahnya menyakinkan. Ketangkasan membuang ikan keli
daripada mata kail memang terserlah. Macam ayahnya yang walaupun tidak
memancing, membawa kamera merakam wajah2 yang semakin dimakan
usia. Kawan sekolah rendah yang mebancuh teh tarik serta pelbagai
minuman lain petang itu tak putus-putus menerima tempahan....
Tiba-tiba... terdengar sorakan besar mengiringi kejayaan seorang anak
kecil yang berjaya memancing ikan terbesar pada petang itu.
Entah dari mana muncul si bapa menarik keluar ikan dari kolam yang
merupakan seekor dari tiga ekor ikan besar yang dilepaskan ke dalam
kolam beberapa hari sebelumnya.. .. Si bapa mengangkat tangan
minta dijulang sebagai pemancing paling berjaya pada hari itu.... bagai
dipukau aku juga turut menjulang tangan si bapa tadi. Si anak
terpinga-pinga. Anak kecilku Aaina seolah-olah tidak percaya.
Wajahnya berkerut seolah-olah ingin menyatakan sesuatu.
Memberontak agaknya....
Selepas sembahyang subuh, aku terima mesej dari Komando,' dah bertolak
dari rumah'.
Aku tunggu Komando di tol Subang tepat jam 7.30 pagi,untuk sama2 pergi
ke Perlis.Selepas simpan kereta buruk aku di kawasan yang selamat, kami
pun bertolak. Bila nak singgah untuk breakfast di R&R Jejantas,
kami amat terkejut kerana banyak nya kereta yang masuk dan tiada tempat
letak kerata yang kosong. Aku cadang kita singgah di R&R Rawang
sahaja.
Di Rawang pun memang ramai tapi kami dapat tempat untuk parking kereta.
Selepas pekena secawan Kopi Radix dan nasi lemak dan sebatang rokok,
kami pun teruskan perjalan ke Utara.
Aku dok teringat pada kawan2 yang teringin sangat nak pergi tapi
terpaksa hantar sms kat aku memberitahu yang mereka tak dapat ikut
serta.Antara mereka adalah kawan2 baik aku saperti:
Ahmad Mihat, Radzi Ladzim, Najib Affendi,Shahar Idris, Roslan Ali dan
Syed Zaki. Aku jawab, 'tak apa lah, lain kali kalau free, boleh lah
bersama kita semua'.
Disebabkan Komando terlampau excited malam sebelumnya, dia tak dapat
tidor malam tu, jadi dia suruh aku jadi pilot. Sepanjang perjalanan aku
terpaksalah bercerita dengan Komando kisah2 semasa di SDAR dulu untuk
bagi aku tidak mengantuk. Nasib baik lah kapal terbang Pak Komar ni
'smoking flight'. Jadi boleh lah berasap bila rasa nak tersenggok tu.
Komando sibuk mengaturkan program untuk YB Dr Latif untuk dapat sama2
dengan kita di Majlis makan laksa di rumah Bidin pada petang itu. Aku
dok talipon Bro Nasir Ahmad aka Chek untuk program golf kami.
Kami singgah di R&R Gunung Semanggol untuk pekena Kopi Radix
dan pastinya sebatang rokok lagi. Nampak nya cepat la aku mati....tak
berhenti henti hisap rokok.
Kami sampai di Tol Alor Star (Selatan) sekitar pukul 1.20 tengah hari.
Sempat aku tanya makwe Tol tu untuk direction kemasjid yang terdekat.
Kami pun singgah di Masjid berhampiran untuk menunaikan solat jumaat.
Kami melalui jalan lama ke Kangar. Tepat jam 3 petang kami sampai di
Putra Palace Hotel Kangar. Hasnan dan Mazlan Othman dan tunggu kat Lobi
hotel.Kami pun terus ke Kelab Golf Putra dan di sana Rani dan Chek
telah lama menunggu. Nasib baik lah Bro Rani kita dah dapatkan sponsor
untuk pertandingan golf itu.Terima kasih Rani.
Hanya di Putra Golf Club, konsep 'jumbo' ini di benar kan, iaitu satu
flight, lebih dari 4 orang golfers. jadi kami berenam: Sle, Komando,
Rani, Hasnan, Chek dan Kadir.
Kami sungguh happy dapat memukul bola golf dan sambil bercerita dan
berjenaka semasa main golf. Selepas habis 12 lubang, datang lah YB
Latif dan Sdr Husin Hassan ke tempat kami masih bergolf. Jadi kami pun
berhenti golf dan terus ke Clun House dan minum2 dan sembang2.Kadir tak
puas hati sebab dia dilubang 11 dia baru main bagus dan dapat 'par'
pertama.
Bila balik ke hotel,tengok ramai geng sdara 76 telah siap sedia untuk
pergi ke Arau.
Sampai di Arau kita terus ke Radix Chicken House dan di situlah semua
warga sdara76 berkumpul. Tunggu punya tunggu, akhir nya dapat lah makan
Radix Fried Chicken, Radix satay dan akhir nya Radix nasi ayam. Semua
nya best, bukan sebab Radix, tapi sebab terlalu lapar. maklum lah tak
lunch pun hari tu.
Sebenar nya kita ni makanan tu tak penting sangat, tapi yang lebih
penting ialah bersama kawan lama. Mail Mat Akil, yang claimed dia
'hardcore' sdara datang jumpa dan cakap , 'sori laa Sle aku banyak
missed Reunion dan perjumpaan batch kita'. Aku jawab itu tak penting
asalkan hati kita masih teringatkan teman2 yang sama2 kita membesar
dulu dan sekolah yang tercinta.
Oleh kerana bilik yang Bidin reserved untuk aku dengan Komando telah di
beri kepada YB latif dan 'entourage'nya aku dan Komando pun terpaksalah
menumpang tidor di Rumah Hasnan.
Sejak sdara76 adakan reunion tahun 1996, alhamdulillah aku tak pernah
miss lagi. Begitu juga Sle, Komando, dan beberapa orang lain.
Radzi Lazim dan Mat Endut dengan sedihnya 'break journey'.
Ini pertama kali aku tak pergi dengan kenderaan sendiri.
Pertama, keluarga tidak ikut serta, kerana tersilang program, kedua
kerana nak jimat la sebab pergi sorang je. Dan ini juga
pertama kali aku dapat peluang paling panjang untuk bersama sdara dalam
perjalanan sejak pengalaman naik kereta api terakhir 1976.
Beberapa kali aku terlepas peluang untuk bermusafir bersama sdara76
sebelum ini tetapi tak kesampaian. Cubaan terakhir semasa nak
temankan Wak Ben round Malaya sambil dia jengok tanah-tanah tandus
Mardec untuk dijual, tetapi terlepas juga.
Memang ada bezanya perjalanan dengan bersama keluarga dengan perjalanan
bersama rakan, apa lagi rakan sdara76 yang sebangsa kawah tu.
Banyak benda, banyak perkara, banyak ilmu baru boleh
dipelajari. Banyak cerita boleh dikongsi. Doc Ron
banyak bagi tips kesihatan. Tak payah viagra, bahaya dia
kata. Ada cara jauh lebih selamat. Nak tambah air,
nak mandi lama, cakap je. Nak tahu lebih, kena berurusan
secara privy, tak perlu lalui kaunter. Itu aku kira berita
baik untuk siri-5 macam kita nih. Turunan ilmu dari Wak Ben
memang dah ramai tahu. Sampai lentok-lentok Doc Rahim dok
layan dia. Berapa banyak yang masuk telinga dia tak tahu la
tu. Yang penting, Wak Ben cerah mata masa memandu.
Sekali-kala Wak Ben cerahkan mata dia ngan asap rokok pulak.
Ini juga kali pertama dalam sejarah reunion sdara76 aku tidak terlibat
mengurus secara langsung. Bukan tidak mahu, tetapi yang dok
ada tu memang dah terlalu handal, dan masa Doc Bidin mari KL nak
bincang, aku pulak yang kona keluar KL. BTW, tahniah pangkat
tertinggi kepada para penggerak reunion kali ini, dan terima kepada
yang datang merealisasi keceriaan, kegembiraan. Idea untuk
memperkembangkan wang kebajikan dan perniagaan semakin menjurus ke arah
realiti. Mungkin amat perlahan, tetapi nampak ada tapak
kekukuhan. Hj Azizan harap buka ruang dan peluang lagi banyak
kepada sdara76, dan tidak hanya untuk jadi pengedar sahaja.
Tahun depan, Johor dah sanggup. Sponsor satu dinner dah dapat. So pelan
awal-awal, bagi tau semua is3 is3 tu. Kalau ada mancing lagi,
Abang Bad kena ada special juror dok jaga dia. Tapi kalau Doc
Ron nak buat pertandingan cekah (kopak) buah durian dia pun takpe jugak.
"Who looks within, awakes, who looks without, dreams."
Fauzi Shaffie
71-76
I
was having a most memorable outing kat Peghelih for SDARa 76 punya
gathering, berbaloi.
I reached Alor Star on Friday sebelah petang. Sebab hotel kat Kangar
dah habis, had to book Holiday Villa in Alor Star, thanks to Yahya
Madis punya bomba passport.
Malam tu makan nasi ayam HPA kat Radix Chicken House di Arau. I think
Radix chicken ni is the next big thing going to happen in makan
industry kat Malaysia ni, a threat to KFC, just watch out for this
name. One of the SDARa 76 is the brain behind this.
Esuknya, breakfast was hosted by Bro Hasnan kat rumah parents dia. I
had my first rush of nostalgia kat sini, felt almost like crying when I
saw many wajah wajah yang I haven't seen for 31 years. Breakfast
menu....perghhh...the best, 10 star hotel pun tak boleh lawan. I also
met ZUZA after an absence of 32 years.
Then, about 10.30 pagi, a large group went to Padang Besar. It was so
well organised to the extent that a bus was chartered to ferry SDARinas
and anak anak SDAR, lunch was also arranged.
Sabtu Malam Ahad was the highlight of the event. Dinner was hosted kat
rumah Bro Bidin Yatim and was graced by the presence of our own YB
Sabri Chik.
Here, I had my second wave of nostalgia, almost felt like crying again
sebab jumpa lagi ramai batch 76. I estimate about 70 SDARa 76 was
there, meriah with the presence of their family members.
As expected, Bern was one of the crowd puller. Sle and Komando was the
livewire (for any occasion for that matter). Fauzi Shafie hardly
changed as if baru semalam dia keluar SDAR. Dr Bidin Yatim, the
gracious host, looking very matured and polished (Bro Den, Dr Bidin ni
handsome macam you jugak, I'm sure ramai anak anak murid you and him
yang syok kat lecturer dia orang masing masing)Ismail Mat Akil is still
as petite as ever, Wan Marzuki looking very imposing, Rani still good
natured despite member member kept comparing his yek dengan lampu bulb.
Japiar aging very gracefully, makin handsome bila main berumur. Fauzi
Hashim,....well he doesn't seem to have grown bigger (jangan marah
Fauzi!) Banyak lagi yang nak comment takut tak cukup kertas nak tulis.
My travelling to Kangar and Arau during those nights with ayahanda
Yahya Pakih was made easier by my live GPS n my own batch, Bro Che Din
and Slair. Thanks very much you two guys. Jair and family were there
too.
Pagi Ahad tadi, breakfast was hosted by RU (Yahya Rahman) but
unfortunately I had to rush to KL in the morning to beat the weekend
rush.
All in all, it was amazing, given the logistics involved, everything
went so well. I would have kicked myself if I had not attended this
event.
Kudos to you brothers batch 76 especially Bros Bidin, Hasnan, Sle,
Komando and the rest too many to mention.
I really hope to see you guys at kita punya Annual Dinner nanti and
until then Hasta Manana (belia nya!)
Ini Yang OB (Ore Bule)
post on sdara 6774 group mail
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Rabbul Jalali wal Ikram,
Segalanya berjalan dengan lancar di RU@55sdara6774
Ramai yang pertama kali datang
terharu dan termanggu manggu
kerana telah 35, 37 atau 39 tahun
tidak bertemu kawan sepersekolahan
ada yang masih dikenali .. nama sebenar
ada yang dikenali...nama gelaran
ada yang langsung tak di ingati asal usulnya
Ternyata keakraban masih ada
tersimpul erat dengan keriangan
mengingati
kisah silam yang manis
semasa bersama
Ternyata luka lama telah terubat kembali
Kefahaman baru tentang betapa sukarnya
para guru mendidik kita (para pendosa?)
untuk menjadi seorang manusia
Ada OB jelaskan pada seorang sahabat di RU@55
Kalau ibu kita marah/tegur kita tentulah
kerana dia menyayangi kta, anaknya
kalau sahabat marah/tegur kita tentulah
kerana dia menginginkan kebaikan untuk kita
dia masih pedulikan kita kerana menghargai kita
sebagai kawan/sahabat
Dan sekiranyaguru memarahi kita tandanya
dia masih pedulikan kebaikan kita
menginginkan kebaikan untuk kita
walaupun dalam amarah
kita tidak nampak semua itu
Banyak yang OB dengar, perhati semasa di RU@55
yang menyentuh hati adalah ucapan2
dari mantan guru besar Tuan Syed Jaafar Al-Idrus
dari mantan guru YB Datuk Affandi Johan
dari guru Science Mr Wong Foo Kheong
Dari para2 sahabat tak kurang sentuhan rasa
tentulah yang paling menghiris perasaan OB
ada lah ucapan dari Dr Abdul Manaf sendiri..
terutamanya tentang keadaan dirinya
setelah berulang kali isteri tercinta Dr Manaf
Sdarina MyMoon berkali kali menyanyi
mencurah rasa cinta
yang tak terbelah bagi
kepada suaminya yang tercinta..
Sdarina OB ada menceritakan tentang
ada sahabat yang menyatakan kepuasan hatinya
dapat bertemu kawan kawan
sehingga terpacul ucapan..
kalau saya mati dan tak dapat menyertai
RU@60 sekali pun
tentu saya akan mati dengan mata yang terpejam
Ob yang terlantik sebagai secretary RU@55
walaupun ternyata OB tidak dapat menyempurnakan
tugasan saperti yang sepatutnya
sekali lagi menghampakan hati Ob sendiri
(tak termasuk hati K2 dan AJK yang lain)
Ob telah terpanggil untuk pulang ke KL pada kadar segera
untuk meledani anak Jantan Ob
yang OB terpaksa tinggalkan di KL
oleh kerana anak OB deman > 2 minggu
Anak OB dah termuntah muntah pada malam Ahad
semasa OB bersukaria menemani K2
mendengar ucapan dan nyanyian
OB terpaksa meninggalkan acara Amal di Masjid Kampung Gial
Dengan izin Haji Husin dan K2 semua..
Agar OB tidak diperdengarkan ucapan
OB tinggalkan anak yang sedang keuzuran
mengejar keseronokan dengan kawan kawan..
Ibnu Abbas ra.
adalah salah seorang sahabat
Nabi SAW yang sangat teliti dalam menjaga dan melayani Rasulullah
SAW, dimana ia pernah secara khusus didoakan Rasulullah SAW, selain
itu pada usia 9 tahun Ibnu Abbas telah hafal Al-Quran dan telah
menjadi imam di mesjid. Suatu hari ia ditanya oleh para
Tabi’in
(generasi sesudah wafatnya Rasulullah SAW) mengenai apa yang dimaksud
dengan kebahagiaan dunia. Jawab Ibnu Abbas ada 7 (tujuh) indikator
kebahagiaan dunia, yaitu :
Pertama,
Qalbun syakirun
atau hati yang selalu bersyukur.
Memiliki
jiwa syukur berarti selalu
menerima apa adanya (qona’ah), sehingga tidak ada ambisi yang
berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu
bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangatlah cerdas memahami
sifat-sifat Allah SWT, sehingga apapun yang diberikan Allah ia malah
terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Bila sedang kesulitan
maka ia segera ingat sabda Rasulullah SAW yaitu : “Kalau kita
sedang sulit perhatikanlah orang yang lebih sulit dari kita”.
Bila
sedang diberi kemudahan, ia bersyukur dengan memperbanyak amal
ibadahnya, kemudian Allah pun akan mengujinya dengan kemudahan yang
lebih besar lagi. Bila ia tetap “bandel” dengan
terus bersyukur
maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar
lagi. Maka berbahagialah orang yang pandai bersyukur!
Kedua.
Al azwaju shalihah,
yaitu pasangan hidup yang sholeh.
Pasangan
hidup yang sholeh akan
menciptakan suasana rumah dan keluarga yang sholeh pula. Di akhirat
kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan
diminta pertanggungjawaban dalam mengajak istri dan anaknya kepada
kesholehan. Berbahagialah menjadi seorang istri bila memiliki suami
yang sholeh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak istri
dan anaknya menjadi muslim yang sholeh. Demikian pula seorang
istri yang sholeh, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan yang
luar biasa dalam melayani suaminya, walau seberapa buruknya
kelakuan suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang
memiliki seorang istri yang sholeh.
Ketiga,
al auladun abrar,
yaitu anak yang soleh.
Saat
Rasulullah SAW lagi thawaf.
Rasulullah SAW bertemu dengan seorang anak muda yang pundaknya
lecet-lecet. Setelah selesai thawaf Rasulullah SAW bertanya kepada
anak muda itu : “Kenapa pundakmu itu ?” Jawab anak
muda itu : “Ya
Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah
udzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan
dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika
sholat, atau ketika istirahat, selain itu sisanya saya selalu
menggendongnya”. Lalu anak muda itu bertanya: ” Ya
Rasulullah,
apakah aku sudah termasuk kedalam orang yang sudah berbakti kepada
orang tua ?” Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan
mengatakan:
“Sungguh Allah ridho kepadamu, kamu anak yang soleh, anak
yang
berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orangtuamu tidak akan
terbalaskan olehmu”. Dari hadist tersebut kita mendapat
gambaran
bahwa amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan
kebaikan orang tua kita, namun minimal kita bisa memulainya dengan
menjadi anak yang soleh, dimana doa anak yang sholeh kepada orang
tuanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah kita bila memiliki
anak yang sholeh.
Keempat,
albiatu sholihah,
yaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita.
Yang
dimaksud dengan lingkungan
yang kondusif ialah, kita boleh mengenal siapa pun tetapi untuk
menjadikannya sebagai sahabat karib kita, haruslah orang-orang yang
mempunyai nilai tambah terhadap keimanan kita. Dalam sebuah
haditsnya, Rasulullah menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan
orang-orang yang sholeh. Orang-orang yang sholeh akan selalu mengajak
kepada kebaikan dan mengingatkan kita bila kita berbuat salah.
Orang-orang sholeh adalah orang-orang yang bahagia karena nikmat iman
dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya
Allah cahaya tersebut akan ikut menyinari orang-orang yang ada
disekitarnya. Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh
orang-orang yang sholeh.
Kelima,
al malul halal,
atau harta yang halal.
Paradigma
dalam Islam mengenai
harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya. Ini tidak berarti
Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya. Dalam riwayat Imam Muslim di
dalam bab sadaqoh, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang
sahabat yang berdoa mengangkat tangan. “Kamu berdoa sudah
bagus”,
kata Nabi SAW, “Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan
tempat tinggalnya didapat secara haram, bagaimana doanya
dikabulkan”.
Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal karena doanya sangat
mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan setan
dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kokoh, sehingga
memberi ketenangan dalam hidupnya. Maka berbahagialah orang-orang
yang selalu dengan teliti menjaga kehalalan hartanya.
Keenam,
Tafakuh fi dien,
atau semangat untuk memahami agama.
Semangat
memahami agama diwujudkan
dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin ia belajar,
maka semakin ia terangsang untuk belajar lebih jauh lagi ilmu
mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-Nya. Allah menjanjikan nikmat
bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia
kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan rasul-Nya.
Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya. Semangat memahami
agama akan meng ”hidup” kan hatinya, hati yang
“hidup” adalah
hati yang selalu dipenuhi cahaya nikmat Islam dan nikmat iman. Maka
berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.
Ketujuh,
yaitu umur yang
baroqah.
Umur
yang baroqah itu artinya umur
yang semakin tua semakin sholeh, yang setiap
detiknya diisi dengan
amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia
semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia
(berangan-angan) tentang masa mudanya, iapun cenderung kecewa dengan
ketuaannya (post-power syndrome). Disamping itu pikirannya terfokus
pada bagaimana caranya menikmati sisa hidupnya, maka iapun sibuk
berangan-angan terhadap kenikmatan dunia yang belum ia sempat
rasakan, hatinya kecewa bila ia tidak mampu menikmati kenikmatan yang
diangankannya. Sedangkan orang yang mengisi umurnya dengan banyak
mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin
tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang Penciptanya. Hari
tuanya diisi dengan bermesraan dengan Sang Maha Pengasih. Tidak ada
rasa takutnya untuk meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap
untuk segera merasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti
yang dijanjikan Allah. Inilah semangat “hidup”
orang-orang yang
baroqah umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang umurnya baroqah.
Demikianlah
pesan-pesan dari Ibnu
Abbas ra. mengenai 7 indikator kebahagiaan dunia.
Bagaimana
caranya agar kita
dikaruniakan Allah ke tujuh buah indikator kebahagiaan dunia tersebut
? Selain usaha keras kita untuk memperbaiki diri, maka mohonlah
kepada Allah SWT dengan sesering dan se-khusyu’ mungkin
membaca doa
‘sapu jagat’ , yaitu doa yang paling sering dibaca
oleh
Rasulullah SAW. Dimana baris pertama doa tersebut “Rabbanaa
aatina
fid dun-yaa hasanaw” (yang artinya “Ya Allah
karuniakanlah aku
kebahagiaan dunia ”), mempunyai makna bahwa kita sedang
meminta
kepada Allah ke tujuh indikator kebahagiaan dunia yang disebutkan
Ibnu Abbas ra, yaitu hati yang selalu syukur, pasangan hidup yang
soleh, anak yang soleh, teman-teman atau lingkungan yang soleh, harta
yang halal, semangat untuk memahami ajaran agama, dan umur yang
baroqah.
Walaupun
kita akui sulit
mendapatkan ketujuh hal itu ada di dalam genggaman kita,
setidak-tidaknya kalau kita mendapat sebagian saja sudah patut kita
syukuri.
Sedangkan
mengenai kelanjutan doa
sapu jagat tersebut yaitu “wa fil aakhirati
hasanaw” (yang
artinya “dan juga kebahagiaan akhirat”), untuk
memperolehnya
hanyalah dengan rahmat Allah. Kebahagiaan akhirat itu bukan surga
tetapi rahmat Allah, kasih sayang Allah. Surga itu hanyalah sebagian
kecil dari rahmat Allah, kita masuk surga bukan karena amal soleh
kita, tetapi karena rahmat Allah.
Amal
soleh yang kita lakukan
sepanjang hidup kita (walau setiap hari puasa dan sholat malam)
tidaklah cukup untuk mendapatkan tiket masuk surga. Amal soleh
sesempurna apapun yang kita lakukan seumur hidup kita tidaklah
sebanding dengan nikmat surga yang dijanjikan Allah.
Kata
Nabi SAW, “Amal
soleh yang kalian lakukan tidak bisa memasukkan kalian ke
surga”.
Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimana
dengan Engkau ya Rasulullah ?”.
Jawab Rasulullah SAW : “Amal
soleh saya pun juga tidak cukup”.
Lalu para sahabat kembali bertanya : “Kalau
begitu dengan apa kita masuk surga?”.
Nabi SAW kembali menjawab : “Kita
dapat masuk surga hanya karena rahmat dan kebaikan Allah
semata”.
Jadi
sholat kita, puasa kita,
taqarub kita kepada Allah sebenarnya bukan untuk surga tetapi untuk
mendapatkan rahmat Allah. Dengan rahmat Allah itulah kita mendapatkan
surga Allah (Insya Allah, Amiin).
(Sumber
tulisan: ceramah Ustad Aam
Aminudin, Lc. di Sapporo, Jepang, disarikan secara bebas oleh Sdr.
Asep Tata Permana, sedikit diedit oleh Penjaga Kebun Hikmah)
Interviewer
to Millionaire: "To whom do you owe your success as a
millionaire
to?"
Millionaire:
"I owe everything to my wife."
Interviewer:
"Wow, she must be some woman. What were you before you
married
her?"
Millionaire:
"A Billionaire"
A
teacher asked her class for sentences using the word "beans"..
"My
father grows beans," said one student.
"My
father cooks beans," said another.
Then
little Johnny spoke up: "We are all human beans."
Son:
Mom, when I was on the bus with Dad this morning, he told me to
give
up my seat to a lady.
Mom:
Well, you have done the right thing.
Son:
But mum, I was sitting on daddy's lap.
Wife
: You always carry my photo in your handbag to the office. Why?
Hubby
: When there is a problem, no matter how impossible, I look at
your picture
and the problem disappears.
Wife
: You see, how miraculous and powerful I am for you?
Hubby
: Yes, I see your picture and say to myself, "What other problem
can there be greater than this one?"
The
organs of the body were having a meeting, trying to decide who was
In charge. Each organ took a turn to speak up:
Brain.........
I should be in charge because I run all body functions.
Blood........
I should be in charge because I circulate oxygen for the brain.
Stomach...
I should be in charge because I process food to the brain.
Legs.........
I should be in charge because I take the brain where it Wants to go.
Eyes.........
I should be in charge because I let the brain see where it's going.
Asshole.....I
should be in charge because I get rid of your waste.
All
the other parts laughed so hard and this made the asshole very mad.
To prove his point, the asshole immediately slammed tightly closed
and Stayed that way for 6 days, refusing to rid the body of any
waste whatsoever.
Day
1 - Brain got a terrible headache and cried out for relief
Day
2 -
Stomach got bloated and began to ache terribly
Day
3 - Legs got
cramps and became unstable
Day
4 - Eyes became watery and vision
became blurred
Day
5 - Blood became toxic and poisoned the body
Day
6 -The other organs agreed to let the asshole be in charge.
*MORAL
OF THE STORY: NO MATTER WHO YOU ARE, OR HOW IMPORTANT YOU THINK YOU
ARE, YOU WILL FIND THAT IT IS ALWAYS THE ASSHOLE THAT IS
IN CHARGE.*
Sekolah bersekolah
menengah di Sekolah
Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (dulu dieja Tanjong Malim) di
tahun-tahun 1962-1967. Pada tahun 1972 sekolah ini berpindah ke Jalan
Sikamat, Seremban. Pada tahun 2002 sekolah ini berpindah sekali lagi ke
Sungai Gadut, Seremban juga.
Bangunan di Tanjung Malim itu
diserapkan kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang
sudah dinaik taraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pada 4 Jun 2009 saya telah melawat semula tapak lama sekolah saya
seperti gambar-gambar berikut:-
Inilah
Jalan Maktab, Tanjung Malim yang menjadi jalan yang
menghubungkan sekolah saya ke dunia luar. Di atas jalan inilah di mana
saya berjalan kaki ke Masjid Jamik Tanjung Malim untuk bersolat Jumaat.
Saya menggunakan jalan ini untuk ke pekan Tg. Malim pada hujung minggu.
Apa yang jelas sekarang ialah jalan ini sunyi. Jalan utama ke
Universiti Pendidikan Tanjung Malim (UPSI) juga sudah dipindahkan ke
sebelah utara.
Ini
pandangan Jalan Maktab menghala ke pekan Tanjung Malim. Bangunan
yang nampak itu ialah Ibusawat Telekom Tg. Malim. Dulu itulah tapak
Pejabat Pos Tg. Malim di mana saya menyimpan duit selain membeli setem
untuk menghantar surat ke kampung. Nampak juga digambar sebuah keretapi
'shuttle' laluan Kuala Lumpur - Ipoh sedang meninggalkan Tanjung Malim.
Inilah
satu-satunya bukti yang mengatakan jalan ini bernama Jalan
Maktab. Sebelum ke sini saya telah menalipon seorang pegawai UPSI dan
saya bertanya kepadanya 'Bolehkan saya masuk melalui Jalan Maktab?'
Dari jawapannya dia seolah-olah dia tidak tahu ada satu jalan bernama
'Jalan Maktab' di Tanjung Malim.
Sebuah
rumah kerajaan yang sudah ditinggalkan di Jalan Maktab. Rumah ini tidak
berubah dari masa saya melihatnya kali terakhir dulu. Kelihatan di
belakang jambatan motosikal merintasi landasan keretapi berkembar.
Jambatan ini jambatan baru.
Beberapa
lagi rumah kerajaan yang tidak didiami lagi di Jalan Maktab.
Inilah
pintu masuk ke sekolah saya dulu. Sekarang sudah menjadi Pintu
Selatan UPSI. Setelah saya mengenalkan diri saya kepada pengawal saya
dipersilakan masuk bebas tanpa apa-apa surat kebenaran.
Pandangan pertama saya di sekolah ialah
blok ini. Dulu inilah blok kelas saya. Sekarang sudah menjadi Makmal
Geografi.
Bilik
pertama itu ialah kelas saya dulu. Tetapi saya lupa semasa tingkatan
berapa. Malang sekali semasa saya datang semula ini universiti bercuti.
Dari itu saya tidak dapat mengambil gambar-gambar di dalam bangunan.
Satu
lagi pandangan blok kelas saya.
Satu
lagi blok kelas yang sekarang menjadi Makmal IT. Semua blok-blok
kelas lama masih dikekalkan dengan sedikit ubahsuai.
Inilah
bangunan pentadbiran sekolah saya dulu. Sekarang dijadikan Pusat
Pendidikan Global Aminuddin Baki. Allayarham Aminuddin Baki ialah bekas
Pengarah Pelajaran Malaysia dan pernah datang ke sekolah ini untuk
menyelesaikan beberapa isu. Syukurlah namanya diabadikan di bangunan
ini. Kawasan lapang ini dulu ialah tempat kami berkumpul setiap pagi
Isnin. Jika ada sesiapa yang menerima hukuman sekolah di sinilah
hukuman dijalankan.
Tepat
di mana kereta Proton Iswara itu diletakkan berdiri megah dulu sebuah
pokok hujan yang besar. Saya diberitahu ialah telah mati terkena panah
petir.
Inilah
rumah Pengetua kami dulu. Sekarang menjadi Bengkel Tiub Kaca. Dulu
semasa Pengetua tidak ada dirumah kami boleh merintasi halaman rumahnya
untuk pergi ke Masjid atau pekan.
Dari
rumah Pengetua juga kami boleh pergi ke Padang Bandaran ini.
Sekarang ia dipisahkan dengan Bengkel Tiub Kaca dengan satu pagar. Saya
mengambil gambar ini melalui lubang di pagar pemisah. Di padang inilah
kami berkumpul untuk meraikan Merdeka dan Maulidur Rasul.
Inilah
dewan sekolah kami Dewan Rahman Talib. Bangunan serta namanya kekal
seperti dulu terima kasih kepada UPSI. Allahyarham Rahman Talib ialah
bekas Menteri Pelajaran Malaysia berasal dari Pahang. Selain digunakan
oleh sekolah dewan ini juga disewa oleh badan-badan lain di Tanjung
Malim. P. Ramlee dan Saloma pernah menyanyi dalam dewan ini.
Inilah
tangga untuk pergi ke tingkat atas bangunan pentadbiran. Kami menaikki
tangga ini dengan dua perasaan iaitu gembira atau takut. Gembira kerana
menerima surat berdaftar (dulu boleh diisi wang) atau bungkusan kuih
dari ibu bapa kami. Takut kerana dipanggil oleh pihak sekolah terutama
Pengetua apabila kami melakukan apa-apa kesalahan.
Ini
lobi perpustakaan kami. Di sini juga diletakkan surat-surat khabar.
Oleh kerana saya kurang bersukan saya banyak menghabiskan waktu petang
saya dalam perpustakaan ini. Tetapi selalunya apa yang saya baca
bukanlah bahan akademik tetapi majalah-majalah dan buku-buku berkenaan
hal-hal dunia seperti sukan dan filem.
Di
sudut bangunan pentadbiran ini terdapat satu papan notis. Antara notis
yang ada ialah nama-nama murid yang menerima surat berdaftar atau
bungkusan dari kampung. Untuk mengelakkan diketahui ramai atau
disabotaj ada diantara kami yang memadam terus nama-nama kami setelah
membacanya.
Koridor
antara bangunan pentadbiran dengan blok-blok kelas.
Tiang-tiang
yang condong itu adalah unik. Di waktu dulu tidak ada
tempat letak kereta di sini.
Ini
koridor menghubungi blok-blok asrama dengan blok-blok kelas. Saya
melalui koridor ini sekurang-kurangnya enam kali dalam sehari.
Bangunan
tandas ini masih kekal. Asrama saya ialah yang disebelah kiri
itu. Apabila tandas arsama penuh saya sering turun ke tandas ini.
Ini
asrama saya Rumah Temenggung. Sekarang ia dinamakan Bangunan Yusuf
Ahmad dan tidak menjadi asrama lagi. Dulu ada lima rumah kesemuanya
iaitu Temenggung, Laksamana, Bendahara, Sultan dan Shahbandar. Dari itu
cuma satu yang tinggal iaitu Rumah Temenggung ini. Yang lainnya sudah
dirobohkan untuk memberi ruang kepada bangunan-bangunan lain.
Masih ada kesan papan nama 'RUMAH
TEMENGGONG'.
Di
belakang tingkap empat segi itulah bilik saya dahulu.
Bilik
saya sekarang sudah menjadi 'Makmal Animasi'.
Ini
koridor Rumah Temenggung. Di sinilah dulu kami berborak-borak,
menggunting rambut, mendengar radio dan membaca buku dan komik.
Sekarang sudah ada tandas lelaki dan
perempuan. Dulu tandas perempuan itu ialah tandas kami dan tandas
lelaki pula bilik mandi.
Ini
bangunan bilik makan kami yang sekarang menjadi Markas Palapes. Ada
sedikit perubahan. Dinding-dinding yang mengadap ke pembaca itu ialah
pintu masuk kami dahulu. Asalnya ialah dua bangunan kiri dan kanan.
Kemudian disambung di tengah-tengah seperti huruh 'H'. Di sinilah
terjadi peristiwa 'Pecah Pinggan' dulu. Sila lihat pos saya bertajuk
'Pecah Pinggan' dalam blog ini.
Di
tapak bas itulah berdiri tangki air sekolah kami dahulu.
Bangunan-bangunan di belakang itu semuanya baru. Di bangunan yang jauh
dibelakang itu dulu tersergam satu bangunan yang asalnya dinamakan
'Riverside Hostel' kerana terletak di tebing Sungai Bernam. Dari itu ia
menjadi 'Sick Bay' (meletakkan murid-murid yang dikuarantin kerana
sakit) dan kantin sekolah. Sekarang semuanya menjadi kenangan sahaja.
Di
sinilah terdiri gimnazium kami dulu di sebelah Dewan Rahman Talib.
Ia sudah dirobohkan untuk memberi ruang kepada Auditorium ini.
Di
sinilah dulu terletak rumah-rumah Laksamana dan Bendahara.
SDAR
Tanjong Malim terkini:
1. Semua rumah melainkan Rumah Temenggung sudah dirobohkan.
2. Gymnasium sudah dirobohkan.
3. Tangki air, riverside hostel dan quarters Senior Assistant sudah
dirobohkan.
4. Pokok 'raintree' depan pejabat HM sudah tiada. Katanya kena kilat.
5. Yang masih tinggal dengan sedikit ubahsuai struktur adalah seperti
berikut :
i) Dewan Rahman Talib
ii) Rumah Temenggung
iii) Bangunan Pentadbiran
iv) Dewan Makan
v) Bangunan kelas, bengkel dan makmal.
vi) Kuarters HM
Selain Dewan Rahman Talib kegunaan bangunan-bangunan yang tinggal sudah
diubah. Rumah Temenggung dijadikan pejabat. 'Prayer Room' dimana saya
tinggal pada tahun 1967 sudah jadi 'Bilik Animasi'.
Sayang juga rasanya masa saya datang tu UPSI tengah cuti jadi
bangunan-bangunan semuanya dikunci, oleh itu saya tidak dapat ambil
gambar didalamnya. Yang baiknya ialah saya bebas melawat di luar dan
mengambil gambar.
Untuk sesiapa yang melawat saya cadangkan telefon dulu dan kenalkan
diri. Kalau sebut SDAR semua mereka tahu. Saya diberitahu oleh 'guard'
Registrar atau Asst. Registrar UPSI ialah seorang Sdara.
Maarof
62-67
Laksamana/Temanggung
Message
from Dato Yunus Raiss,
former SDAR Tanjong Malim teacher
on SDAR 50th celebration
It was supposed to be shown during 2006 Annual Dinner at Taman Warisan,
Putrajaya, but due to unforseen glitches it was not able to.
Now it is reproduce for your viewing
30 March
2009
Sdara SAC 11 Ahmad Sofian Yassin (Class 73) dianugerahkan DPSK oleh
KDYMM Sultan Kelantan hari ini dan membawa gelaran Datuk......
Beliau masuk Sdar form 4, 1972
Sdara
kehilangan ahli keluarga
Sdara Rothi
Hamzah (Class
75) & adik beliau Ramlan Hamzah (Class 77) telah
kehilangan bonda yang tercinta pada pukul 3.15pagi 13 Jun
2009 ketika berumur 75 tahun. Beliau mengidap penyakit Buah
Pinggang Kronik.
Jenazah selamat di kebumikan selepas zohor di tanah perkuburan
Taman Kosas, Ampang.
Sdara Dalam
Kenangan
Mohd Sulaiman b Abd Rahman
(Sdara 01-05),
21 tahun pelajar tahun 3 UiTM Lendu, Melaka, yang berasal daripada
Jerantut Pahang, meninggal dunia dalam satu kemalangan di
Lebuh
Alor Gajah-Melaka-Jasin pada 27 Mac 2009 lalu, bersama 3 orang rakannya.
Abdul
Malik Majid (Sdara 72
- 77) telah kembali kerahmatulLah
pada 9.45 malam 7 May 2009 di rumah beliau di Jitra, Kedah.
Jenazah selamat di kebumikan 11.30pagi 8 May di tanah perkuburan Kg
Pulau Nyior.
Beberapa orang Sdara sempat menghadhiri pengkebumian jenazah beliau -
slair, snoopy, che din, fitri, bidin 76 dan koboi 77
Sdara
Mohd
Afdzal Mohd Fadzi (97
- 01)
aka ayam yang juga merupakan Pengurus Kelab Bolasepak SDARA, telah
meninggal dunia petang Isnin, 22 Jun 2009 kerana kemalangan jalanraya
di MRR 2
28 Jun, PJ - Pasukan ragbi SDAR telah muncul Juara Kejohanan Ragbi
COBRA 10's International under-16 yang berlangsung selama 2 hari di
Padang Utara, Petaling Jaya.
SDAR
telah menundukkan Juara SBP 10's 2009 iaitu Sek Men Sains Hulu Selangor
(Semashur) pada perlawanan akhir dengan skor 12-00. Kejayaan tersebut
bertambah manis apabila Gozila telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik
Final tersebut.
SDAR-Semashur terlebih dahulu bertemu pada
peringkat kumpulan pada perlawanan pertama dan juga kemenangan telah
memihak kepada SDAR.
Pasukan hasil bimbingan Wan Bon (837) dan
juga Cikgu Chot serta Pengurus pasukan Cikgu Hazman (Kayu 96'0)
terdahulu berjaya menundukkan Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) pada
saingan separuh akhir Cup dengan skor 17-05.
"Kami
amat berpuas hati dengan persembahan yang diberikan apatah lagi
Semashur kehilangan ramai pemain utama akibat kecederaan. Jadi
kesempatan tersebut diambil oleh para pemain untuk mendominasi
permainan," Pengurus, Cikgu Hazman.
Bulan lalu, SDAR tewas kepada Semashur pada Kejohanan Ragbi SBP 10's
yang diadakan di SMS Johor.
Sejurus
kejohanan ini, tumpuan seterusnya ialah Kejohanan SMSS 10's yang akan
berlangsung pada 11 dan 12 Julai 2009. Kejohanan tersebut juga akan
diwakili oleh Sdar Lions Rugby Club.
Berikut adalah keputusan hari kedua (pusingan kedua) :
20-21 Jun, Cheras- Pasukan Ragbi Sdar Lions RC (SLRC) telah berjaya
melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Ragbi Frontline@76 -SMSS
10's kali ke-17 (SMS 10s) yang akan berlangsung di venue yang sama pada
11 dan 12 Julai 2009.
SLRC
berjaya mengesahkan slot 8 pasukan terbaik setelah dua try yang
dilakukan Azzan (0408) ketika perlawanan separuh akhir Plate menentang
KKB Great Wall dengan skor 19-5.
Sebelum itu, pada saingan Suku
Akhir Cup/Plate, SLRC terpaksa akur dengan kehebatan Kajang High School
apabila tumpas pada try minit terakhir dengan skor 10-12.
Kejohanan
SMS 10s merupakan kejohanan yang memang disertai oleh SLRC sejak 17
tahun yang lalu dengan pencapaian terbaik adalah ketika menjuarai
kategori Plate pada tahun 2006. Tidak kurang hebatnya juga pada tahun
2002 ketika SLRC (pada ketika itu nama masih lagi SDARA) tewas kepada
MCOBA pada separuh akhir Cup di Stadium MPPJ (skrg MBPJ).
SMS
10s terpaksa mengadakan pusingan kelayakan kerana permintaan penyertaan
telalu banyak dan hanya memilih enam pasukan terbaik dalam pusingan
kelayakan bagi mengiringi Juara Bertahan (SAHOCA) dan juga Tuan Rumah
(SMSOB).
Berikut adalah senarai penuh keputusan :-
Group E : SLRC vs Bangi Old Boys 05-07
SLRC vs KKB Great Wall 07-05
SLRC vs VIOBA 28-00
Suku Akhir
(Cup/Plate)
SLRC vs Kajang High School 10-12
Separuh Akhir
(Plate) SLRC vs KKB Great Wall 19-05
Akhir (Plate) SLRC vs SMS Old Boys 00-19
Senarai
pasukan yang layak ke SMSS 10's 2009 (Pusingan Akhir) SMS Old Boys - Sek Men Sains Selangor (Tuan
Rumah)
Sahoca - Kolej Sultan Abd Hamid (Juara Bertahan)
KE Tigers - King Edward VII (juara Cup pusingan kelayakan)
Kajang High School - Kajang High School (Naib Juara pusingan kelayakan)
ASAS - Sek Alam Shah (semi Cup)
Muar Musketeers - SMK Muar (semi Cup)
SLRC - SDAR (final Plate)
KKB Great Wall - SMK Kuala Kubu Baharu ranking ke-8
Seperti yang semua sedia maklum, Nasi Lemak
Antarabangsa merupakan salah satu daripada penaja jersi terbaru pasukan
Sdar Lions Rugby Club (SLRC).
Rangkaian yang menaja pasukan SLRC
ialah yang berada di Cawangan Aeon (JUSCO) AU2 Keramat, Kuala Lumpur di
mana salah seorang rakan kongsi terbabit merupakan bekas pelajar SDAR
sendiri iaitu saudara Izwan dari batch 91'5.
Kepada mereka yang lalu di sana, sudi-sudikanlah utk singgah di
Restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan AEON AU2 Keramat.
DISCLAIMER:
The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara
Newsletter
do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless
expressly stated.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail to knadzar@gmail.com