![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
30 Mach 2008
To Bring SDARA Closer To Each
Other
Volume 3
Number 1 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| EDITORIAL MESSAGE | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,
Pilihanraya
Umum (PRU) Ke-12 telah berlangsung.
Rupa-rupanya ramai juga rakan-rakan kita yang telah
menjadi calon PRU
2008 tersebut. Kita
telah mengenalpasti
seramai 13 orang SDARA yang telah terpilih menjadi calon iaitu 6 orang
bertanding kerusi Parlimen manakala 7 lagi kerusi ADUN.
Daripada sejumlah 13 orang rakan kita itu,
seramai 8 orang bertanding mewakili BN, 4
orang PAS dan seorang PKR. Seramai
9
orang calon menang manakala bakinya 4 orang lagi tewas.
Sebenarnya
Allahyarham Amat Miun sendiri pernah bertanding DUN di negeri Melaka
dalam
pilihanraya awal tahun 70an dahulu.
Begitu juga dengan beberapa orang bekas pelajar SDAR
yang telah
menceburi bidang politik, antaranya termasuklah bekas Exco Kerajaan
Terengganu
Datuk Mamat Ghazalee Abd Rahman manakala
Saudara Yusof Malik dan Saudara M Samueil M Kameil pernah bertanding
atas tiket
Semangat 46. Bagi
SDARA pula, kesemua
pemimpin tertingginya sejak dahulu hingga kini adalah orang politik
yang pernah
memenangi PRU. Bermula
dengan
Allahyarham Datuk Mazlan Idris, dikuti dengan Dato’ Salamon
Selamat dan kini Datuk
Dr Abd Latif Ahmad kesemuanya adalah terlibat secara langsung dalam PRU.
Di
SDAR sendiri pilihanraya memang pernah dijalankan untuk memilih
pemimpin
pelajar. Pada
pertengahan tahun 1964
dahulu, satu pilihanraya yang menyerupai PRU telah diadakan untuk
memilih
barisan pemimpin Persatuan Persuratan dan Bahas (PP&B). Cuma
pada ketika
itu tidaklah ada
pakatan atau kelompok
parti dan kempen seperti sekarang.
Saudara Mamat Ghazallee Abd Rahman Yang Di Pertua
PP&BSDAR yang
terpilih hasil daripada pilihanraya tersebut pernah merakamkan
perasaannya
dalam “Surat Dari Yang Di Pertua” dalam Majalah
RAHAYU keluaran sulungnya, pada
tahun 1964 seperti
berikut, yang
nampaknya seakan akan sama dengan apa yang dilalui oleh mana-mana calon
pilihanraya: Teman-teman
seperjuangan, Detik-detik
pilihanraya yang telah diadakan tempoh penggal adalah
merupakan saat-saat yang paling gelora dalam hidupku di sekolah ini. Di sepanjang pilihanraya
itu aku telah
terpaksa mengharungi debaran jantung yang maha kencang persis gelora di
laut
cina yang diserang monsoon. Aku
telah
menunggu keputusan pilihanrayua itu penuh khayalan dan dengan
persoalan-persoalan yang paling mengecamukkan kepalaku. Dan akhirnya: ah! Baharulah
ringan kepalaku,
baharulah reda ombak dadaku. Aku
telah berjaya
untuk memasukki Badan Pekerja PP&BSDAR bagi tahun 1964-1965 ini. Justru melalui Kisah
perjuanganku tidak mati di situ saja.
Aku diserang monsoon sekali lagi bila
perjumpaan Badan Pekerja untuk memilih Yang Di Pertua (dan seterusnya)
telah
diadakan tidak berapa lama dulu. Kiranya,
sekali lagi aku telah berjaya –
Badan Pekerja itu telah memberi
kepercayaannya yang penuh kepadaku untuk memegang teraju agong ini. Apa
sebenarnyakah aku punya kebolehan memimpin?
Adakah sifat-sifat “Leadership”
dalam diriku?
Aku tidak bisa membuat pemastian setakat ini.
Tetapi inilah ikrarku: Bahawa aku tidak akan lari
dari tugas-tugasku.
Aku akan “korbankan” diriku demi untuk membawa
PP&BSDAR ke tanah datar yang
lebih tinggi. Sebenarnya aku tidak mahu ada darah-darah beku dalam
PP&BSDAR
dalam tempoh pimpinanku – aku mahu alur-alur darah
PP&BSDAR sentiasa
mengalir…
(Majalah RAHAYU, Bil 1 Tahun 1964)
Berbalik
kepada PRU 2008 yang lalu, marilah sama-sama kita ucapkan tahniah dan
syabas
kepada kesemua rakan kita yang telah terpilih menjadi calon mewakili
parti
politik masing-masing. Bagi
yang menang
kita ucapkan Selamat Berbakti kepada tanah air tercinta. Bagi yang
kalah kita
juga mengucapkan selamat berjuang, juga untuk tanah air tercinta. Setinggi-tinggi tahniah
kepada YB Dato’ Ahmad
Shabery Cheek yang telah dilantik sebagai Menteri Penerangan, sekaligus
menjadikan beliau
SDARA yang pertama
dilantik sebagai menteri penuh. Tahniah
kepada Datuk Dr Hj Abd Latif Ahmad, Yg Di Pertua SDARA yang dterpilih
mengekalkan
jawatan Timbalan Menteri Kesihan dan Datuk Haji Ahmad Husni bin Mohamad
Hanadzlah
yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Alangkah
berserinya sekiranya kesemua rakan kita yang menduduki kerusi Parliman
dan ADUN
memakai Tie SDARA
pada setiap hari Selasa di dewan yang mulia ketika
membincangkan dan membahaskan isu-isu berkaitan pembangunan dan
kesejahteraan
rakyat |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| SDARA ACTIVITIES | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| (1) SDARA MINI CONFERENCE | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Memulakan majlis Sdr Nazrol
sebagai Penganjur telah menyampaikan sepatah dua kata. Kemudian di
susuli dengan penceramah pertama Mohd Adib dengan tajuk "Project
Management". Topik yang amat besar yang biasanya diberikan dalam 3 - 4
hari, maka dalam masa 45 minit Abedib hanya menyampaikan muqadimah
sahaja, namun ianya memberikan gambaran umum bagaimana pengurusan
sesuatu projek itu mesti dilakukan jika mahu ianya berjaya mencapai
matlamatnya.
Penceramah ketiga, Sdr Mohd Fauzi Shaffie telah menyampaikan teknik membaca "Speed Reading"
Dan akhirnya, Sdr Mohamad Nawawi Hussain daripada SIRIM Bhd telah menyampaikan suatu topik yang menarik iaitu "Intelectual Property"
12.45 pm Makan Tengahari & Networking Session 2.00 pm Majlis disambung dengan perbincangan tentang "Pendidikan" Gambar2 boleh di lihat di sini http://www.sdara.com/index.php?option=com_gallery2&Itemid=37&g2_view=core.ShowItem&g2_itemId=7390 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| (2) SDARA Melaka Breakfast Monthly TT | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Syukur Alhamdulillah,
Sdara Melaka chapter monthly breakfast bagi bulan
March 2008 telah selamat diadakan. Tempat: Warong Nangis, sebelah
bangunan MAIM berhampiran Masjid Al Adzim, Melaka, pada 30 Mac lalu.
Ramai abang-abang senior yang hadhir selain dari tetamu yang paling jauh ialah Dr. Azmi Tamil. Dia sampai-sampai aje perkataan yang terkeluar dari mulutnya selepas salam ialah "Ma'af saya tidak pakai kopiah". Ucapan spontan itu keluar bila ramai abang-abang senior kita yang hadhir semuanya berkopiah. Berikut senarai mereka yang hadhir, 1. Haji Atzudin Hasan 2. Haji Ahmad Haji Ali 3. Haji Ninggal Hashim 4. Haji Ismail Latiff 5. Haji Yaacob Shariff 6. Haji Rezo Senik 7. Haji Yusof bin Adam + wife 8. Haji Anuar Yatim bin Haji A. Ghani 9. Dr. Azmi Tamil 10. Jamil Tambri 11. Haji Badrul aka Buyong 12. Haji Azhar Wahab 13. Azizi CTRM - paling junior 14. Azman (batch Fuzi Hasan) + wife 15. yours truly 16. by default Arifin aka Nangis Yang telefon awal tidak dapat hadhir ialah 1. Hj. Mohd. Nor Mohamed - ada sambuatan maulid di masjid dia Merlimau 2. Hashim Kassim - balik ke Senggarang 3. Wood - tak 'on' handphone - terlupa 3. Rosman Said - anak sakit 4. Cikgu Jalil - ada function lain 5. Azhar Ismaun - ambil anak dari asrama Sekian. wasalam Haji Muhamad bin Haji Abdullah Melaka |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 10 SEBAB DOA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Diceritakan bahawa suatu ketika Ibrahim bin Adham berjalan-jalan dikota basrah, orang ramai pun segera mengerumuninya. Ada yg bertanya: Allah berfirman "mintalah kepadaKu, wahai hambaKu, nescaya Kukabulkan permintaanmu" dan sekian lama kami telah berdo'a namun Allah swt takjuga memenuhinya.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| LAKARAN WARISAN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sempena
Hari Ulangtahun yang ke 50 Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) pada tahun
2007, SDARA dengan kerjasama Sdr Azril Johari dan Rakan-Rakan
beliau telah mengambil initiatif untuk menghasilkan "MEMOIR"
yang merakamkan rentetan SEJARAH perjalanan SDAR
yang bermula dari
Sekolah
Menengah Melayu di Bukit Zahrah, Johor, ke SDAR Tanjung
Malim,
Perak, ke SDAR Jalan Sikamat, Seremban dan akhirnya ke SDAR Sg Gadut,
Seremban.
Buku ini harus di miliki oleh setiap SDARA untuk dijadikan koleksi peribadi sebagai kenang-kenangan dan bahan sejarah, sebuah sekolah yang telah mendidik kita menjadi seorang manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. 252 pages in full color & high quality gloss paper with hard cover binding. RM 130 senaskah. + RM 10 for postage & handling. To Order : Azril Johari 019 377 8591 c-men@tm.net.my |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| SDARA TIE | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Same design, same color but with an upgrade on the material (now embroidered, no longer printed) from Korea. Walaupun tie kita dibuat di Korea, kotak pembungkusnya hanya dibuat di Balakong, Selangor. RM 65 a piece. For Order : Call Muhammad Nazir 019 617 1374 or klnazir2@gmail.com
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LAUGHTER
IS THE BEST MEDICINE
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
A woman was out golfing one day when she hit the ball into the woods. She went into the woods to look for it and found a frog in a trap. The frog told her, "If you release me from this trap, I will grant you three wishes." The woman said, "That's okay."
For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world. The frog warned her, "You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis whom women will flock to". The woman replied, "That's okay, because I will be the most beautiful woman and he will have eyes only for me." So, KAZAM-she's the most beautiful Woman in the world!
For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world. The frog said, "That will make your husband the richest man in the world. And he will be ten times richer than you. " The woman said, "That's okay, because what's mine is his and what's his is mine." So, KAZAM-she's the richest woman in the world!
The frog then inquired about her third wish, and she answered, "I'd like a mild heart attack!" Moral of the story : Women are clever. Don't mess with them! Attention female readers: This is the end of the joke for you. Stop here and continue feeling good!
Male readers: Please scroll down.
The man had a heart attack ten times milder than his wife!!!
Moral of the story: Women are really dumb but think they're really smart! Let them continue to think that way and just enjoy the show! PS: If you are a woman and are still reading this; it only goes to show that women never listen!!! |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| SDARA DALAM PRU 12 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SDARA DALAM KABINET KERAJAAN Datuk Ahmad Shabery Cheek - Menteri Penerangan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad - Timbalan Menteri Kesihatan Go To The Top |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| KEPUTUSAN PRU 12 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BN ungguli undi popular
http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20080310093719/Article KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) kelmarin, terus mengungguli undi popular dengan memperoleh 50.28 peratus undi daripada keseluruhan 8.1 juta pemilih yang keluar mengundi di seluruh negara.
Bagaimanapun, jika dibandingkan prestasi BN itu dengan
pilihan raya
umum sebelum ini, undi popular yang diperoleh paling rendah sejak
pilihan raya 1959. Sebagai contoh, pada pilihan raya umum 1990, BN
mencatat undi
popular sebanyak 52 peratus, 1995 (63.2 peratus), 1999 (56.53 peratus)
dan pada 2004 pula, 63.68 peratus. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| AMAZING PHOTO | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| SPORT NEWS | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SLRC dalam Liga KRS 2008 16 Mac, Shah Alam
- SDAR Lions RC (SLRC) meneruskan rentetan kemenagan apabila terus
membenam cabaran Pasukan Bekas Pelajar Sekolah SMK Sultan Salehudin Abd
Aziz Shah (X-SSAAS), Shah Alam pada perlawanan ragbi Liga KRS Divisyen
Junior, petang semalam.
SLRC yang turun dengan semua pemain utama kecuali Alim 9802 yang lewat hadir kerana masalah peribadi dan juga Jimmy yang juga lewat kerana bekerja. Dan juga penyokong yang merupakan bekas pelajar SDAR juga hadir termasuk Ateng. Dengan keadaan padang yang begitu teruk, hampir menyukarkan kedua-dua pasukan untuk membuat gerakan, namun SLRC tidak tunggu lama apabila mendapatkan try pada minit ke-7 menerusi Azfa 915. Selang lima minit, Itik 0206 mula melakukan larian yang cantik hasil gerakan Ross dan rakan-rakan untuk mendapatkan try yang kedua. Beberapa larian yang dilakukan oleh back-line beberapa kali dipatahkan oleh pihak lawan dan diri sendiri apabila bola banyak jatuh dan forward pass. X-SSAAS yang cuba bangkit, berjaya mendapatkan try pada penghujung babak pertama setelah Wali dilayangkan kad kuning akibat menumbuk pemain lawan. Separuh masa pertama, SLRC 10, X-SSAAS 5. Pada separuh masa kedua, pasukan jentera berat dimasukkan bagi memantapkan lagi serangan. Serangan demi serangan yang bertali arus sememangnya tidak dapat dikekang oleh pihak lawan yang menurunkan pemain campuran bekas pelajar dan pelajar sekolah. Tepat jam 6.40 ptg, pengadil Mat Rat meniupkan wisel penamat dengan keputusan SLRC menumpaskan X-SSAAS dengan skor 27-5. SLRC bakal berkunjung ke Uniten Bangi untuk menentang Uniten Thunders pada hari Sabtu ini 22 Mac 2008 jam 5.30 ptg. After all, it's just another game of rugby. "Lions... pride and passion" rgds, Ayam948 0123669400 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sabtu, 22 Mac
- Uniten Thunders yang menantikan kunjungan SDAR Lions (SLRC) di Padang
CoIT, Uniten Bangi tampak begitu yakin dan ghairah dalam perlawanan
terakhir Liga KRS Divisyen Junior 2008.
Dengan cuaca yang tidak begitu mengizinkan, keadaan hujan lebat dan tanpa henti, permainan tetap diteruskan. Sebaik wisel permainan dibunyikan, SLRC sentiasa berada di kawasan 22 meter pihak lawan yang mengasak bertubi-tubi. Namun dalam keghairahan mengasak tersebut, pasukan bimbingan saudara Ali Aswan dengan hanya sekali serangan, SLRC tersentak dengan try awal Thunders hasil gerakan dari line-out pada minit ke-10. Bagaikan terjaga dari tidur, SLRC menggandakan lagi asakan dan hasil gerakan barisan line, Itik 0206 mendapatkan try yang pertama. Bagaikan mendapat semangat baru, SLRC sekali lagi mendapat try hasil dari Muzal menebuk barisan line Thunders yang nyata goyah dan Indra mendapatkan try kedua. Sebelum separuh masa pertama berakhir, SLRC sekali lagi mendapat try bagi kedudukan 17-5 pada separuh masa pertama. Dengan keadaan hujan yang turun tanpa henti, sekejap lebat sekejap renyai, memang menyukarkan kedua-dua pihak untuk mengawal bola. Dalam keadaan yang agak leka, Thunder berjaya mendapatkan try yang kedua, namun coversion gagal disempurnakan. Sujak 9903 yang dimasukkan menggantikan Duen 0206 hanya sempat bermain selama 5 minit sahaja akibat kecedaraan. Tempatnya digantikan oleh Alim 9903 yang hanya mengambil masa kurang dari seminit untuk menghasilkan try SLRC yang keempat. Kejolapan Alim jelas ketara apabila beliau terus menghasilkan try yang kedua dan ketiga peribadi pada perlawanan tersebut. Tepat jam 6.45ptg, wisel penamat dibunyikan dan menghasilkan kemenangan kepada SLRC dengan skor 34-10. Dengan kemenangan ini, SLRC akan berentap dengan ASAS pada perlawanan terakhir pada penghujung minggu ini bagi penentuan Juara Liga KRS Divisyen Junior. Kehadiran rakan x-Sdarians nyata menyemarakkan lagi sokongan kepada pasukan terutama kepada Arip 948 yang turut sama bersorak di tepi padang. Kepada pemain dari Melaka juga terima kasih kerana bersusah payah datang ke KL. After all, it's just another game of rugby "Lions... pride and passion" rgds ayam948 Players :- Zack (915), Lan Gay (0307), Tambun (0105), Ajoi, Tam, Pakho (9903), Smile (0307), Kuman (0307), Duen (0206), Jimmy (982), Amin, Muzal (0206), itik (0206), Indra (0004), Shah, Boger, Sujak (9903), Bulat (0105), Toche 9903), Basit (9903), Moondog (9903), Cimex (9903), Jie (atma), Ajoy (atma). xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SLRC JUARA LIGA KRS DIVISYEN JUNIOR 30 April 2008 -
Putrajaya - Kelab Ragbi Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) Fighters yang
menantikan kunjungan SDAR Lions Rugby Club (SLRC) di Padang SSAS,
Presint 1, Putrajaya dalam perlawanan terakhir bagi Liga
KRS Divisyen Junior 2008. Seperti yang diramal, sebarang keputusan tetap akan memberikan kelebihan kepada SLRC untuk muncul juara Liga pada kali pertama menyertai sebarang Kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi Selangor (KRS). Dengan keadaan cuaca yang hujan sepanjang perlawanan, ditambah pula dengan corak pengadilan yang begitu berat sebelah agak menyukarkan pasukan SLRC membuat sebarang gerakan. Kedua-dua pasukan saling asak-mengasak bagi menguji benteng pertahanan masing-masing. ASAS yang sememangnya memerlukan kemenangan besar bagi meraih kejuaraan, mendapat penaliti pada jarak 25 meter dan memanfaatkan sepakan penalti tersebut. Beberapa minit berselang, ASAS menggandakan lagi serangan dan hasilnya memperolehi try yang pertama dan menyempurnakan sepakan conversion. Menyedari bahawa pengadil sememangnya berat sebelah, pemain-pemain SLRC seolah-olah hilang tumpuan kerana tidak berupaya melakukan serangan. Namun begitu, semangat juang mereka tetap membara dengan menghasilkan larian dan juga asakan yang berbahaya. Pasukan forward yang diterajui oleh Zack 915 dan juga Alim 9903 berjaya mengucar-kacirkan barisan forward ASAS dengan beberapa gerakan sebelum separuh masa pertama yang berkesudahan dengan skor 0-10. Sebaik sahaja separuh masa kedua dibunyikan, SLRC terus menerus mengasak kubu pihak lawan sbelum larian Alim 9903 yang sepatutnya try dihasilkan, dibatalkan oleh pengadil kerana bola ditepis oleh Setan ASAS, yang menyebabkan bola terjatuh di dalam garisan try. Boleh dikatakan hampir 70% pada separuh masa kedua, SLRC berada di dalam kawasan ASAS. Ketika permainan berada dalam 10 minit terakhir, Alim 9903 dilayangkan kad merah bukan kerana mengasari pemain, tetapi hanya kerana beliau membebel tak tentu arah.... (apa laa alim.... org suruh main bukan suruh membebel).... Akhirnya, perlawanan yang penuh kontroversi tersebut berakhir dengan keputusan SLRC 0, ASAS Fighters 10. SLRC akan meneruskan perjuangan dalam saingan merebut kejuaraan Piala Junior apabila bakal berentap kembali menentang Uniten Thunders pada 12 April 2008 di venue yang belum ditetapkan. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan Separuh Akhir (Cup/Plate). Terima kasih kepada rakan-rakan SDARA (Mhi, DKN, Raja Rahiman, Shahabudin, A Rahman Omar, geng2 batch 948) yang hadir bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan. After all, it's just another game of rugby. "Lions... pride and passion" rgds, ayam948 0123669400 Gambar2 lihat di http://sdarlions.fotopages.com players:- Zack (915), Lan Gay (0307), Kuman (0307), Azfa (9701), Smile (0307), Ayis, Zam, Alim (9903), Ross (948), Amin, Muzal (0206), Jibak (9903), Itik (0206), Shah, Basit (9903), Mamu (0206), Toche (9903), Angah, Cimex (9903), Atuk (9903), Duen (9903), |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| KEPUTUSAN SPM 2007 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking SPM 2007
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DISCLAIMER: The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Any comment or views or any contibution, please e-mail knadzar@gmail.com |