header
 30 September 2009              To Bring SDARA Closer To Each Other                    Volume 3 Number 3
Bookmark this site!                                                                                                                            Print This Page 
In This Issue:

Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Maaf Zahir dan Bathin

kepada semua warga Sdara
Daripada AJK Sdara Newsletter


AJK SDARA 2007-09
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP  
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Azril Johari Abd Ghani
Haniffia Abd Ghani
Dr Khairun Nadzar
Mahadhir Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan Rahman
Wan Ismail Wan Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail

Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar
  Previous Issues
Mac 2008
June 2008
Sep 2008
Dec 2008
Mac 2009
June 2009

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Sepanjang tempoh tiga bulan yang lepas (Julai-September 2009) SDARA kehilangan beberapa orang rakan yang telah mendahului kita, menemui Allah Yang Maha Esa. Rasanya zaman kita bergurau senda dengan mereka di SDAR baru sahaja berlalu dan masih lagi segar dalam ingatan. Hanya sesudah mereka pergi meninggalkan kita, baru kita sedar bahawa masa begitu pantas berlalu dan usia kita semakin meningkat. Mengikut kiraan mudah (simple calculation) batch pertama SDARA kini berusia sekitar 66-68 tahun dan menjelang akhir tahun ini hampir kesemua rakan seangkatan dengan saya (batch 62-67) sudah mencecah usia emas jika usia tersebut ditakrifkan sebagai 60 tahun ke atas. Dengan mengambilkira jangka hayat ketika lahir (life expectancy at birth) orang lelaki Malaysia sebagai 70.56 tahun, bermaknalah bahawa umur sahabat-sahabat kita yang telah pergi itu sebenarnya masih di bawah jangka hayat yang dinyatakan di atas. Sesungguhnya kita mempunyai masa yang sangat terbatas untuk diabaikan begitu sahaja. Kematian adalah urusan Allah swt dan ia tidak mengira umur, jantina, bangsa, dan status sosial seseorang manakala persediaan untuk kehidupan selepas kematian adalah urusan kita dengan izin Allah jua.

Ketika mengharungi bulan Ramadhan baru-baru ini tentu sekali ramai di kalangan kita yang menambah amal ibadat dengan membaca al-Quran sama ada secara bertadarus ataupun secara bersendirian. Dalam al-Quran,terdapat banyak ayat yang memperingatkan kita tentang kematian dan betapa kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Allah menyebut dalam al-Quran (maksudnya):

  “Dialah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di
   antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa (membalas amal 
   kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)”.
 
   (Surah al-Mulk,  ayat 2).

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sangat sementara sifatnya, akhirat jualah yang kekal dan abadi. Kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Oleh yang demikian janganlah kita terpedaya dengan kesenangan-kesenangan tersebut, serta lalai melaksanakan urusan akhirat. Allah mengingatkan kita melalui firmanNya (maksudnya):

 

 “Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan permainan yang sia-sia dan
   hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik 
   bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
 
   (Surah al-An’aam, ayat 32)

Sama-samalah kita berdoa semoga sahabat-sahabat kita yang telah pergi itu tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Kita yang masih hidup ini pasti akan menemui mati dan kematian itu adalah sesuatu yang menakutkan. Maka sewajarnya kita muhasabah diri, bertaubat dan terus memberhentikan apa-apa sahaja yang dilarang oleh Allah dan melaksanakan semua perintahNya. Renungkanlah firman Allah berikut (maksudnya):

 “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah 
  menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
  (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah ayat 21)


Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang bertaqwa seperti firmanNya (yang bermaksud)

 ”Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal 
  soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya
  beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis 
  buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami   dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan
  hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, 
  isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya 
  selama-lamanya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 25)

Pengalaman menjalani pembedahan laparoscopic cholecystectomy untuk membuang batu dalam hempedu (gallstone) baru-baru ini telah menginsafkan saya tentang hakikat kehidupan dan kematian. Selain daripada pembedahan untuk berkhatan, saya percaya semua orang cuba mengelak daripada dibedah kerana pembedahan adalah indikator kepada wujudnya masalah di dalam badan. Lebih menggerunkan lagi jika pembedahan itu berkaitan dengan penyakit yang serius seperti masalah jantung ataupun kanser. Saya difahamkan bahawa setiap pembedahan mempunyai risiko, paling tidak pun risiko yang disebabkan oleh “ubat” bius. Bagi melindungi semua pihak yang terlibat khasnya pihak hospital, pesakit dikehendaki menandatangani surat pengakuan bersetuju untuk dibedah. Pengalaman yang serupa juga telah dilalui oleh sebahagian daripada sahabat-sahabat kita, sama ada yang telah pergi atapun masih bersama kita. Ada yang telah menjalani beberapa kali pembedahan, diberikan rawatan chemoterapy dan radiotherapy yang diikuti dengan pelbagai komplikasi dan kesan sampingan.

Saya dapati ramai orang yang cuba mengelak daripada berbicara tentang agama, akhirat, sakit dan penyakit apatah lagi tentang kematian lebih-lebih lagi sewaktu sibuk dengan urusan dunia dan pembangunan kerjaya. Tetapi realitinya ialah apabila telah mencapai usia emas, kita tidak lagi berupaya untuk tidak berbicara tentang perkara-perkara tersebut sebagaimana yang dapat diperlihatkan dalam posting dalam laman blog dan groupmail ahli-ahli SDARA sejak akhir-akhir ini.

Bersempena bulan Syawal ini yang sepatutnya kita penuhi dengan perkara-perkara yang menggembirakan dan bukan kesedihan, marilah sama-sama kita merenung kembali hakikat kehidupan yang sementara ini. Mudahan-mudahan kita mendapat iktibar daripada apa yang telah berlaku. Semoga Allah menerima semua amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Kepada yang akan menunaikan Fardu Haji pada tahun ini, kita doakan semoga mereka memperoleh Haji Yang Mabrur, Insya Allah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

 

Md Shah Bachik  (62 - 67)



SDARA ACTIVITIES
SDARA TAQWIM 2009

02 Aug 2009 SDARA Annual Golf Tournament Done
28 Aug 2009 Majlis Berbuka Puasa SDARA Cancel
10 Oct 2009 Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Soon
19 Dec 2009
Hari Keluarga + Makan Malam SDARA
Tempat: Kelab Tasik Putrajaya
Coming
Soon
? SDARA 31st AGM 



SDARA Melaka - Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan Kebajikan Anak2 Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYDJ) telah selamat disempurnakan malam semalam, Sabtu 5 Sep 2009.


Pada pagi Sabtu, Hj. Madolah, Rosman, Hj. Ismail dan saya telah bermesyuarat di Masjid Semabok untuk persiapan terakhir. *Alhamdulillah kami semua begitu berhati2 dalam memastikan setiap sedekah untuk anak2 yatim dari penyumbang2 SDARAs dan bukan SDARAs, disempurnakan mengikut hak yg sewajarnya*. Since makanan telah disponsor sepenuhnya, sebahagian dari yuran makanan SDARA,
kita telah masukkan dalam sumbangan sedekah untuk anak yatim. Kami wujudkan 3 bentuk sumbangan:
(a) sumbangan peribadi kepada 30 org anak2 yatim (RM50 seorg !, melebihi target awal RM30).
(b) sumbangan untuk 3 org penyelia (golongan yang *"tidak mendustakan agama" *; RM100 seorg).
(c) sumbangan untuk PKAYDJ (RM?? - *jumlah terkini nya Hj. Madolah kena comment*)


  Majlis dimulakan dgn tahlil pada jam 7ptg oleh Ustaz Wan. Sebelum
  bertahlil, Ustaz Wan bercerita tentang bila anak yatim diberitahu tentang
  kedatangan SDARA, mereka bertanya samada yang akan datang ni yang
  muda2 ke atau yang tua2. Bila Ustaz Wan memberitahu yang tua2, betapa
  gembiranya anak2 yatim disini, mereka bersiap awal untuk menantikan
  kedatangan "ayah ibu" mereka. Begitulah dahaganya mereka akan sedikit
  kasih sayang dari manusia2 yang bergelar ayah & ibu. We could have  
  been taken for granted all this while. Kemudian majlis berbuka puasa dgn kurma dan kuih-muih. Alhamdulillah ramai SDARA yang berhikmah, memecahkan diri dari duduk dlm kelompok SDARA untuk join meja anak2 yatim dan berbuka bersama2.

Selepas solat Maghrib berjamaah, hadirin beredar ke dewan untuk majlis seterusnya. Saya bertindak sebagai mc merangkap jurugambar. Dlm ucapan pembuka majlis, saya menyentuh tentang surah Al-Maun dibawah, betapa untungkan org2 yang mendapat pengiktirafan *"bukan pendusta agama"* ... SDARA berusaha kearah menjadi golongan tersebut though part-time. Juga mencabar SDARA melakukan aktiviti berterusan "touch & stay" instead of "touch & go" dgn PKAYDJ.

Ucapan alu2an Tuan Hj Ghaffar, mewakili PKAYDJ menyentuh tentang sejarah penubuhan PKAYDJ, jumlah anak2 seramai 21 lelaki & 9 perempuan (dari Darjah 3 hingga Tingkatan 5). Apa yang beliau perlukan dari SDARA ialah sedikit usaha berterusan memotivasikan anak2 yatim disini yang mempunyai inferiority
complex yg sangat menebal. Sebagai contoh, bila disekolah, kawan2 bertanya kau tinggal dimana, maka apabila mereka menjawab rumah anak yatim Jasin .. terus perasaan rendah diri menguasai mereka dan hilang terus rasa keyakinan diri. Untuk bab ni, saya mohon sangat abang adik SDARA yang berkemampuan
bertindak sebagai motivators, sudi kiranya membantu SDARA Melaka Chapter. Pihak PKAYDJ sanggup reimburse duit minyak, tol & saguhati untuk penceramah accordingly.

Kemudian SDARA Hj. Madolah mewakili SDARA berucap. Hebat jugak org tua ni kalau bercakap sampai saya sebagai mc terpaksa berdiri dekat untuk bagi body language supaya pendekkan ucapan sikit. Almaklumlah anak2 yatim yang diraikan ni tak makan nasi lagi.


Selepas tu, acara menyampaikan sedikit sumbangan duit raya kepada anak2 yatim (RM50 seorg dari SDARA, juga sumbangan dari individu
SDARAs seperti Shuib, Dr Pauzi & Wood) dan sumbangan kepada PKAYDJ. Majlis kita telah diturut serta oleh satu keluarga dari Palong 4 (ayah, isteri, anak2 & nenek), memandu selama 1.5 jam untuk berbuka puasa dgn anak2 yatim dan menyumbang kpd mereka. Mereka merupakan keluarga yang pertama melakukan demikian disini untuk Ramadan ini. Kita patut sangat mencontohi sikap sedemikian. Selepas tu barulah kami semua bersama2 makan nasi yang disponsor terus oleh SDARA Hj. Ismail Latif, diikuti dgn solat Isya', tarawih dan witr yang diimamkan oleh SDARA Hj. Yaakub.

Sekianlah, sedikit lapuran dari saya. Mungkin Hj. Madolah & Rosman boleh menambah mana yang terkurang dan memperbetulkan mana yang tersilap.

For me, SDARA can be proud of such a simple and yet successful event, leaving behind positive impact kpd anak2 yatim. Moga amalan kecil kita diterima Allah swt.

Terima kasih di atas sumbangan dan doa semua.

Kehadiran:

1. Rosman +2                                                 
2. Hj Ismail latif                                               
3. Hj Muhamad Abdullah                               
4. Hj Azharism                                              
5. Hj Azhar Wahab                                        
6. Mohd Shuib +3                                          
7. Hj Halim Sohod      
8. Hj Borhan Bulat
9. Hj Jalil Morah
10. Dr Ahmad Pauzi
11. Radzran
12. Tajuddin
13. Hazudin
14. Hj Yaacob
                            
Azhar Ismaun

p.s  Foto-fotonya lihat di sini  http://www.flickr.com/photos/93958500@N00/
Allah hu Akbar. Kami merancang Allah menentukannya. Saya sebagai YDP SDARA Melaka Chapter dan AJK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SDARA yang telah menyumbang kepada kejayaan majlis ini esp AJK programe ini.

Terima kasih kepada sdr Hj. Ismail Latif sebagai penggerak, Rosman, Azhar....... termasuklah abang Ninggal & Atzuddin yang datang pada mesyuarat pagi sabtu itu di Masjid Semabok.

Kehadhiran abang-abang kita seperti Hj. Jalil, Hj. Halim, Hj. Borhan, Hj. Yaacob memang menguatkan lagi semangat kami untuk meneruskan acara sebegini dimasa akan datang.

Kehadhiran Dr. Pauzi & Domang yang datang all the way from Muar pun memang tidak boleh di ketepikan. Pendek kata terima kasih semua yang ada menyumbang secara direct atau indirect bagi menjaya kan majlis ini.

Derma dan sumbangan dari SDARA yang jauh, dekat amat kami hargai. Kecil tapak tanan nyiru kami tadahkan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa tuan-tuan semua. Sumbangan yang kira agak besar dari Hajjah Fuaida, kawan seperjuangan Azhar Ismaun pun memang menyemarakkan semangat kami.

Apa yang kami harapkan dari SDARA yang ada kelapangan dan kepakaran ialah kehadhiran tuan-tuan untuk memberi semangat, motivasi dan guidance kepada anak-anak yatim itu . Kami akan aturkan acara yang boleh memfaatkan mereka. Kami hendak mereka excell didalam pelajaran dan tidak ada perasaan inferiority complex.

Shuib Md Jadi pun memang patutu di puji. Dia datang dengan ayah, ibu dia serta isteri dan 3 anaknya. TYDP Rumah Anak-anak yatim Tuan Hj. A Ghafar kenal rapat dengan Hj. Md. Jadi ayah Shuib. Beliau juga kenal dengan Hj. Jalil Morah SDARA dan bekas pengetua SDAR. Time beliau jadi pengetua... pecah rekod SPM SDAR lulus 100%.

Terima kasih Azahar Ismaun dan Rosman diatas laporan ini.

Terima kasih semua. Next time kita bersama lagi - untuk program sebegini.

Wassalam
Hj Madolah

RENUNGAN
            


Abu Derwish Mosque in Amman - Jordan
Al Azim Mosque in Malacca - Malaysia
Al Fateh Mosque in Manama - Bahrain
Al Nida Mosque in Baghdad - Iraq
Al Rahman Mosque-Syria
Al Zulfa Mosque in Seeb - Oman

 
      
LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE 

A Proof of which Gender is Intelligent An English professor wrote the words:

" A woman without her man is nothing"

On the chalkboard and asked his students to punctuate it correctly..

All of the males in the class wrote : "A woman, without her man, is nothing."

All the females in the class wrote : "A woman: without her, man is nothing."

Punctuation is powerful!!

******* 



The Maid asked for a pay raise.

Madam was very upset about this and asked:

-'Now Maria, why do you want an increase?'

-Maria: 'Well Madam, there are three reasons why I want an increase.

The first is that I iron better than you .

-' Madam: 'Who said you iron better than me?

-'Maria: 'The Master said so.

-'Madam: 'Oh.

-'Maria. 'The second reason is that I am a better cook than you.

-' Madam: 'Nonsense, who said you were a better cook than I?

-'Maria: 'The Master did.’ Madam.

-'Maria: 'My third reason is that I am a better lover than you.

-' Madam (very upset now): 'Did the Master say so as well?

-'Maria: 'No Madam, the chauffeur did.

  'SHE GOT THE PAY RAISE




Go  To The Top 

KENANGAN SDARA
  
SDAR Seremban Ghostbuster

Bros all ...

In a few days time, it's Merdeka time again.

The first year when we moved to Sikamat, Seremban from Tanjong Malim,
approaching midnight, the countdown.
Shouts of "Merdeka !" from Block A ..B... C.. resonate to Classroom Blocks
as well as Industrial Arts Block.
OKed with Che Isa .. Cik Gu Jalil ... even might be Okayed with Cik Gu Ahmad
Johan. It lasted up to maybe 10 mins.

The worst was yet to come. The following nights, reports of the boys being
disturbed by unknown forces while they were
asleep. I could not recall whether the same occured at DTC Raja Melewar.
Some boys were moved from their beds while
they were sleeping. Quite scary.

The school called in shaman/ghostbuster to drive away that forces. Official
announcement was made during dinner that the
boys had awoken the spirit of that place. The RM2 mil school complex have to
be exorcised. One of the don'ts was not to
flush away foods. We can stash in the bin but not to be flushed.

Anybody can share this rambling. I very much hope this posting is not late
as traffic is slow over the weekend. Any of us in
the egroup was personally involved?

--
Salam.

*Hamdan Ali 0116
Rumah Sultan C74

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Salam Bro Hamdan,

I remember this episode very well, dinner kat dining hall malam tu I pakai sarung, songkok and baju lengan pendek kelabu.

Shall we refer to the entity as Awang Bongsu?

On the previous nights, Awang Bongsu struck at the rooms one by one, surprisingly in a specific order instead of random order. On the night the exorcism took place, Bilik B5 was scheduled to be "hit" so siang tu the dorm occupants siap tulis ayat ayat suci AlQuran and perkataan Allah on a pice of paper and tampal kat locker masing masing. Katil pun were arranged rapat rapat with the book shelf yang panjang tu di gunakan sebagai penutup/pembuka access to the "mini fortress". I was one of the residents of B5 that's why I remember what shirt I wore malam tu.

That night, an announcement was made that lepas dinner, semua budak SDAR kena assemble kat basketball court (not yang kat school hall but the nearer one between block B and administration block).

So we all gathered kat basket ball lepas dinner. The entire school complex lights were switched off, suasana hening, then from the courtyard, we saw the silhoutte of the two bomohs entering bilik B5 first and then we heard the azan.

Lepas tu nampak macam dia orang tabur something in the room and a further announcement was made untuk menguatkuasakan larangan seperti berikut:

1) tidak boleh buang sisa makanan dalam toilet
2) tidak boleh bising lepas pukul 10 malam
3) tidak boleh sapu asrama selama 3 hari

It was an entirely new and exhilirating experience for me.

To the younger SDARas who never experience the Awang Bongsu phenomenon while in SDAR (including kes kena himpit masa tidur... ehem ..not by seniors but by unseen entity), cuba tanya seniors about this. An entire book can be written pasal cerita ni eg dari mana kononnya Awang Bongsu ni berasal masa hidupnya, kat mana kuburnya, kenapa dia bengkek dengan budak SDAR but not SMK Tunku Durah etc.

During the years after the exorcism, masih ada sporadic case by Awang Bongsu but not as teruk as before. Kes kena himpit masa tidur(....by unseen entity) masih ada every now and then.

Are there any of our SDARa here yang nak relate his personal experience yang pelik pelik ni? I experienced it too and with a witness ie my room mate saw someone unrecognisable standing at the foot of my bed, masa tengah mamai, the night I kena kacau.

It certainly opened my eyes wider to the occult and the supernatural.

MNY
Headboy 1979


BERITA SDARA

Sdara Yang Kurang Sihat


Sdr Salim b Rejab (67 - 74), Pensyarah Jabatan Sains Sosial IPGM Kampus Pulau Pinang, amat memerlukan bantuan KEWANGAN bagi membolehkan beliau menjalani rawatan pemindahan Buah Pinggang di luar negara secepat mungkin. Kos rawatan anngaran RM170,000

Derma boleh di masukkan ke akaun Maybank 107125-207933  dan beliau boleh di hubungi di  012-5509394
 



15 Sep 2009
Sdara Mohsan Hj Abu  (63 - 67) berada dalam keadaan kritikal di Wad 4A, Hospital Sg Buloh, kerana angin ahmar (stroke)

23 Sep 2009
Alhamdulillah, he is getting better. Sudah mula sedar, tetapi he needs more rest.





Sdara kehilangan ahli keluarga


Wed, Jul 15, 2009
Dr Hj Mohd Shafie Md Amin telah kehilangan anak perempuan beliau, Siti Hajr, 21 tahun  yang  telah kembali ke rahmatulLah pada pukul 10.50 pagi tadi. Solat jenazah di adakan di Surau Al Rahmaniah Jalan F Kg Pandan selepas solat asar. Allahyarhamah adalah seorang pelajar UIA





Sdara Dalam Kenangan

   Bagi yang mengenali Sdara Ahmad Ismail
 
 (Timbalan Pengarah UiTM Pulau Pinang).
  Adalah di maklumkan bahawa Allahyarham
  telah kembali ke rahmatullah pada 21hb  
  September 2009 jam 12.00 tengahari kerana  
  sakit jantung.



Just to recall - he studied in Sdar until form three and then transferred to TI KL. Asal/base in Klang. He Was previously Timbalan Pengarah UiTM Penang, assigned to UiTM Sarawak and then UiTM Trengganu and recently came back as the Timbalan Pengarah UiTM Penang.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya. Kepada Allah kita datang dan kepadanya juga
kita kembali.

Alamat keluarganya di Klang;

Lot 16051 Lorong 3, Taman Alam Shah
Jalan Kota Raja, Klang (berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Hishamuddin)

---------------------------------
Mustafar Kamal Hamzah
Faculty of Electrical Engineering
Universiti Teknologi Mara
40450 Shah Alam, Malaysia
mustafar@ieee.org
Tel. No : 03-5543 6115/6093
Fax. No : 03-5543 5077

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Prof Dr Zaiky Awang wrote:

Hari ni saya menerima satu lagi berita sedih. I received a mail from Topper - Sdara Ahmad Ismail meninggal dunia from heart attack at 12 pm earlier (Isnin) di Hosp Klang. Some among us may remember he used to post messages to our group using the name MadSmile.

Arwah was Timbalan Pengarah UiTM Penang, he was also a colleague at my faculty in Shah Alam. I can't remember exactly his time kat Sdar but was told he was several years my senior. Kalau tak silap dia masuk form 4 baru from Sek. Teknik. We also shared the same supervisor while doing PnD kat Leeds dulu.

Sama-samalah kita menghadiahkan al Fatihah kepada beliau, semoga Allah menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman. Amiin.



 
Sdara Abd. Hafidz Yusuf (62-67) passed away
18 sep 2009 [28 Ramadhan 1430H]



Saya ingin memberitahu bahawa sahabat saya Sdara Abd. Hafidz Yusuf telah meninggal dunia di rumahnya No. 760 Desa Permai, Selaru, Kuala Pilah, Negeri Sembilan lebih kurang jam 3.30 pagi Hari Jumaat 18 September 2009. Jenazahnya akan disemadikan selepas Solat Jumaat.

Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.

Mungkin Sdara semua sudah membaca cerita saya dan kawan-kawan lain menziarah beliau 12 hari yang lepas seperti diberitahu oleh Sdara Md. Shah Bachik. Cerita dan gambarnya di sini :
http://maarofkassim.blogspot.com/2009/09/melawat-kawan-lama-yang-uzur.html

Maarof Kassim (62-67)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Saya dan Saudara Mat Isa Yusof (1962-1967) dari Felda Sg Lui, Jempol telah berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 9.50 hingga 10.40 pagi tadi. Kami sempat bertemu dengan abang Allahyarham iaitu Saudara Borhanudin Yusof (SDARA 1960-1965). Jenazah akan disemadikan selapas solat Jumaat hari ini. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman.

Md Shah Bachik

   

Sdara NoorAzam Awang (72-77) passed away on
14 Sep 2009 [24 Ramadhan 1430H]


Baru balik dari rumah Allahyarham. Beliau menghembus nafas terakhir semasa azan Asar tadi di hospital Kuantan. Jenazah sudah dikafankan dan akan bertolak ke Terengganu lepas Maghrib. Semuga roh beliau ditempatkan bersama mereka yang diredhaiNya.

Umar Shukri (72-77)
Kuantan
013-3612194

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Saya sempat sembahyang jenazah jam 6 ptg tadi d surau lapang besar .hadir sama tadi .Zaharuddin sarbini, Nawi lobo. Azmi tengku sulong.dia x sempat sembahyang. Harap pemergiannya di golongkan dlm org yg beriman.amin

Abd Manaf Rashid (72-77)




Sdara Abd Razak Ismail (67-74) passed away on
09 Sep 2009 [19 Ramadhan 1430H]


Al-Fatihah buat Allahyarham A Razak Ismail aka Razak Tank (Fiver 72)
Arwah ni asal satu kampong dgn saya dan juga Ghazali Md Shah (Fiver 71). Adik arwah Kamarudin Ismail (STAR Fiver 74). Kami semua bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Lebak, 10km dari bandar Temerloh jalan ke Triang. Kali terakhir saya jumpa dgn arwah semasa batch arwah buat reunion kat SDAR Sg Gadut kira2 2 atau 3 tahun yg lepas. Arwah pernah bertugas di Maktab Teknik PDRM, Muar sebelum ini.

Radzran Musa 7075
D2 Sultan
Tg Malim 7071
C5 Sultan
Sikamat Seremban 7275

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dear MA dan Sdaras,
7 dari kami sdara 67-74..sempat kesana last night.. 4 sempat sembahyang terawikh dan solat jenazah Allahyarham di IPK.. 3tunggu di kawasan perkuburan. Seramai +-200 orang ada dikawasan perkuburan.  Pengkebumian bermula 9:30  dan selesai 10:30 malam.
Allahyarham adalah instructor di IPK semasa meninggal..

Orebule




Sdara Hj Husin Sirat (61-66) passed away on
29 Aug 2009 [ 8 Ramadhan 1430H]




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Sdra Husin Siraj adalah SDARA
61-66, satu batch dengan Dato' Salamon, Hj Yaakub Sharif, Lenggeng, Bongek,
Mamat Md Top, Sallahuddin Hj Mohd Said, Ramli Ajir, Abu Bakar Ghazali,
Mokhtar Mohamad aka Wak Kentol. Terima kasih kpd Zainuddin aka Kangkong
yang menyebarkan maklumat pemergian Allah Yarham.

Beliau pernah mengharumi SDAR dalam bidang sukan olahraga




Sdara Dr Abd Manap Hamid (67-74) passed away on
24 Aug 2009 [3 Ramadhan 1430H]


On  9th July 2009, Abd Rani Mat Piah wrote:
"Jumaat lalu saya berpeluang melawat sdara Manaf Hamid, two-years our senior di SDAR dulu. Dah 2 bulan lebih dia terlantar di hospital USM Kubang Kerian. Matanya dah tak nampak lagi, dia juga kehilangan kaki kirinya sehingga ke lutut dan terpaksa menjalani dialysis 10 jam setiap hari. Beberapa tahun terdahulu dia menjalani bypass di hospital Pulau
Pinang, lebih kurang pada tahun yang sama dengan sdara Mokhtar Ismail yg turut menjalani bypass di hospital yg sama. The doctors are trying very hard now to save his right leg from being amputated as well. Sdara Asri Nawi menziarahnya pada hari Ahad. Sungguhpun berkeadaan begitu, sdara Manaf masih ceria, amat ingin sangat berbual dan bercerita jika yg
menziarahnya adalah di kalangan sdara. Jika ada peluang, ziarahlah! "

On 24th Aug 2009, Sdara Abd Manaf passed away peacefully

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" He has sufferred for a very long time. Alhamdullillah he went very peacefully witth his wife and one son in attendance." 

Prof Dr Rusli



AMAZING PHOTO

Bridges at night







SPORT NEWS

Sdar Lion Rugby Club (SLRC) 2009
http://sdarlions.blogspot.com/

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt...

Selaku wakil pihak pengurusan, saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.

Mohon ampun dan maaf zahir batin jika terkasar bahasa tersalah kata....

Berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini..... akhir kata, raya raya jugak....
dah masuk ketupat, lemang rendang bagai... bulan Oktober nak main lagi....

rgds
Ayam948


http://www.sdarlions-the-legend.com/

Saturday, September 19, 2009

Selamat menyambut hari raya



Askum semua.saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada
semua Lions yang dikasihi,dah sebulan kita berpuasa akhirnya
kita beraya.Berayalah dengan gembira.Ciumlah kedua tapak tangan
ibu bapa yang tercinta kerana ibu bapalah yang membuatkan kita
boleh menjadi nas yang sempurna dan baik.

Mesti ramai Para Lions yang suka main mercun ni,berpada-pada ya.
Jangan sampai terluka atau tercedera. Ramai yang nak gunakan
tangan untuk jawab PMR dan SPM kan? jaga diri baik-baik ya.Jangan
lupa ulangkaji pelajaran.PMR dan SPM dah dekat dah ni.Jaga emosi
dan minda. Banyakkan baca yasin dan solat hajat.Batch Cikgu
(PMR 1998)adalah batch yang mendapat no 1 di Malaysia pada
tahun itu. Kami Unite dalam Batch dan selalu membuat perjumpaan
untuk menegur silap dan salah. Jangan berpecah ye.Sekiranya
ukhwah dalam Batch kita berpecah,Susah kita untuk membina
ukhwah dikalangan sdarians pula

Akhirul kalam take care,jangan lupa puasa 6,banyakkan
bermaaf-maafan masa bulan syawal ni

p/s : Saya pasti akan rindukan Zulfikar.Moga-moga Zulfikar
sukses di tempat baru.Jaga diri baik-baik


SDARA IN THE NEWS

Ramadhan di Perantauan oleh Mohd Shahrir Ali (80-84) 





Berita sepenuhnya klik disini


SDARA WEBSITES & BLOGS

Just click at the website header to get to the respective website / blog

1 Syafiq
Owner: Syafiq
2 Mohd Shah
Owner: Mohd Shah Ibrahim 69 - 74
3 Ahmad Abdul
Owner: Ahmad Abdul 64 - 71
4 Ribut
Owner: Mohd Zailani Atan aka Ribut73 - 77
5 nazir
Owner: Mohammad Nazir
6 Abedib
Owner: Mohd Adib
7 berisman
Owner: Mohd Adib
8 abezi
Owner: Fauzi Shafie
abezi
Owner: Fauzi Shafie


10 Md Shah
Owner: Md Shah
11 Dr Azahar Idris
Owner: Dr Azahar Idris
12 Dr Maarof kassim
Owner: Maarof Kassim
13 Ghazali
Owner: Ghazali "Bond"
14 Jusni koboi
Owner: Jusni Nasirun


15 Zereas.com
Owner: Azam Raslan
16 pak chin
Owner: Husin Ibrahim
17 mat noe
Owner: Mat Noe Azlan
18 normas yakin
Owner: Normas Yakin



DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail to
knadzar@gmail.com